Baru-baru ini, usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik sebuah hantaran video memaparkan detik cemas yang dilaluinya sewaktu sedang melakukan sesi Live di laman Instagram.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat isterinya, Datin Shahida secara tiba-tiba menjerit mengadu sakit dan mengalami pendarahan yang banyak.
Awak saya sedih… doakan semuanya selamat. Masa ni semua jadi kelang kabut. Sepanjang perjalanan wife saya mengalami pendarahan.
Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa syukur apabila keadaan bayi di dalam kandungan baik-baik sahaja.
Alhamdulillah doktor dah scan kata baby masih ok, denyutan jantung pun ok. Cuma isteri saya kena baring je dan rest. Sampailah uri naik semula.
Malah, mereka sepatutnya menghadiri majlis perasmian telekung dan tudung namun terpaksa dibatalkan kerana keadaan isteri yang lemah.
Sepatutnya minggu ini saya ada event perasmian tapi sebab isteri saya mengalami pendarahan, saya terpaksa lancarkan secara online sahaja.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya mendoakan kesembuhan buat Datin Shahida selain meminta penyanyi lagu Bobo Di Mana itu untuk melakukan solat hajat.
“Awak solat hajat wak… Sedih jangan post kat socmed,” tulis seorang pengguna Instagram.
Namun, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan Aliff yang sempat merakam video sewaktu detik cemas itu berlaku.
Tengah-tengah duk risau… menyempat jugak rakam ek? – Netizen.