“Lari La Jauh Mana Boleh Lari, Pusing Selagi Boleh Pusing” – Fizi Ali Nak Selesai Isu Anak Di Mahkamah

Hiburan

“Lari La Jauh Mana Boleh Lari, Pusing Selagi Boleh Pusing” – Fizi Ali Nak Selesai Isu Anak Di Mahkamah

Susulan kenyataan pelakon Shakilla Khoriri yang enggan berurusan dengan ‘pihak ketiga’ berkenaan hal anaknya dengan bekas suami, penyampai radio Fizi Ali tampil membuat kenyataan terbaru.

Masih belum menemui titik penyelesaian, Fizi Ali ada membuat hantaran terbaru di Instagram dan berkata akan menyelesaikan isu berkenaan di mahkamah.

Advertisement

Kata Fizi lagi, dia sudah menjangkakan perkara tersebut dan sudah mendapat tarikh namun tidak dapat dipastikan untuk tujuan apa.

Seperti yang dijangka, call tak berangkat, WhatsApp tak di replu. Lari la jauh mana boleh lari. Tengok jauh mana boleh lari lagi. Pusing selagi boleh pusing.

Date dah dapat, kita akan selesaikan di tempat sepatutnya. Sabar sikit lagi daddy jumpa awak. Insha-Allah.

Terdahulu, bekas isteri Fizi, pelakon Shakilla Khoriri menafikan dakwaan bahawa dia sengaja memisahkan penyampai radio itu dengan anak tunggal mereka, Ameena Sofia.

Maklum Shakilla lagi, dia mengaku ada menyekat nombor Fizi di aplikasi WhatsApp kerana enggan berurusan mengenai anak dengan orang ketiga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

shakilla khoriri
12 months ago

"Kenapa Block? Saya Tak Berminat Berurusan Hal Anak Dengan Orang Ketiga" - Shakilla Khoriri Nafi Halang Fizi Ali Jumpa Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...