Larangan Rentas Daerah Di Sabah Berkuat Kuasa 3 Oktober Depan

COVID-19

Larangan Rentas Daerah Di Sabah Berkuat Kuasa 3 Oktober Depan

Berkuat kuasa bermula 3 sehingga 16 Oktober depan, Kawalan rentas daerah di seluruh Sabah akan dilaksanakan.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) perkara itu telah pun diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini.

Advertisement

Larangan Rentas Daerah Di Sabah

Namun begitu, perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain akan dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Bagaimanapun, empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini tetap kekal dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB).

Larangan Rentas Daerah Di Sabah

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam Covid Sabah yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-198 dan hari ke-114 PKP Pemulihan (PKPP), hari ini.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...