Larangan Penjualan Arak Masih Dalam Perbincangan

Kehidupan

Larangan Penjualan Arak Masih Dalam Perbincangan

Walaupun Malaysia pada asasnya menjadikan Islam sebagai agama rasmi, tetapi masih banyak perkara yang perlu kita perbaiki. Antara isu yang penting untuk dibincangkan adalah tentang penjualan minuman keras, arak secara terbuka yang sangat tidak wajar.

Walaupun kita tahu minuman ini hanya boleh diminum mereka yang bukan beragama Islam, tetapi penjualan secara terbuka membuatkan sesiapa sahaja boleh mendapatkan minuman ini. Selain itu, penjualan minuman keras yang tidak terkawal juga dilihat hanya menyebabkan perkara buruk. Contohnya, kes kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk sehingga ada yang menyebabkan kematian mereka tidak bersalah.

Advertisement

Baru-baru ini, YB Teresa Kok (PH-Seputeh) ada mengajukan soalan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tentang arak. Dia mempersoal tentang adakan kementerian itu masih meneruskan perbincangan bersama pihak terlibat dalam isu itu.

This image has an empty alt attribute; its file name is BN041523194_1619253078.jpg

“Perjumpaan ini belum habis lagi, kita bukan sahaja fikir tentang (kepentingan) penjual, malah tentang orang yang membeli. Kerajaan Keluarga Malaysia menghormati orang Islam dan bukan Islam.”

“Saya tak mahu buat keputusan dengan keadaan Yang Berhormat Teresa terbuku tidak puas hati. Saya pun tak seronok untuk membuat keputusan.” – Katanya.

Sebelum itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan larangan penjualan arak ini sehingga 31 Oktober bagi memberi laluan perbincangan lanjut.

“Ini melibatkan masalah anak muda kembali membeli minuman itu dan terdapat juga minuman yang tidak dibenarkan Kementerian Kesihatan dijual di mana-mana-mana. Ini membimbangkan dan kita terpaksa adakan undang-undang untuk menyekat kemudahdapatan minuman itu.” – Tambah Shahidan.

Apa yang dinyatakan itu sangat tepat dan semoga jalan penyelesaian yang terbaik dapat dilaksanakan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...