Larang Penonton Hadir Acara Sukan Olimpik, Jepun Bakal Isytihar Darurat Di Tokyo

Dunia

Larang Penonton Hadir Acara Sukan Olimpik, Jepun Bakal Isytihar Darurat Di Tokyo

Negara Jepun bercadang untuk mengisytihar darurat berikutan kes harian Covid-19 di negara itu meningkat kepada lebih 900 kes sejak 13 Mei lalu.

Menurut The Japan Times, darurat itu akan bermula pada 12 Julai sehingga 22 Ogos. Keputusan itu meletakkan Tokyo dalam keadaan darurat dan memberi kesan kepada Sukan Olimpik Tokyo yang akan bermula pada 23 Julai ini.

Advertisement

Lapor Kyodo News, seorang pegawai mencadangkan larangan pengunjung yang menonton merangkumi kawasan Olimpik yang berhampiran dengan Tokyo. Ia memaksa pihak penganjur melarang penonton untuk menghadiri acara tersebut.

Petugas kesihatan Covid-19 dari bahagian kerajaan Jepun dijangka bertemu pada hari ini untuk membuat keputusan akhir.

Sukan Olimpik Tokyo.

Tokyo mengesahkan 920 kes baru Covid-19 meningkat dengan ketara daripada 714 yang dilaporkan seminggu sebelumnya dengan jumlah harian meningkat berbanding minggu sebelumnya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...