Dunia ini belum bersedia untuk impak perubahan iklim, termasuklah cuaca ekstrim dan kecenderungan bahawa bahagian-bahagian berpopulasi di planet ini mungkin tidak dapat didiami lagi, menurut satu badan yang dianggotai saintis iklim dalam satu laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) yang terbaru.
Saintis-santis itu yang berjumlah 772 orang menulis dan menyunting laporan tersebut memberi hujah yang pemimpin-pemimpin dunia hanya mempunyai masa beberapa tahun lagi untuk mengurangkan pengeluaran karbon pada tahap mencukupi untuk mengelakkan malapetaka dari pemanasan global: yang bakal mengakibatkan kenaikan paras laut dan kenaikan suhu yang akan mengganggu hidupan dan ekosistem semulajadi secara dramatik.
Menurut laporan itu yang dikeluarkan di Yokohama, Jepun minggu lepas oleh Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC), UN:
Impak yang diperhatikan akibat perubahan iklim adalah meluas dan berkait.
Laporan itu menggunakan bahasa yang lebih tegas tentang impak perubahan iklim berbanding laporan yang dikeluarkan oleh IPCC sebelum ini.
Ia memberi amaran bahawa impak perubahan iklim telah pun berlaku, menyatakan ‘tahap berisiko tinggi’ untuk penyebaran penyakit di Afrika, kehilangan harta benda dan kematian akibat kebakaran hutan di Amerika Utara dan pengurangan pengeluaran makanan dan kualiti makanan di Amerika Selatan (Lihat video: “Global Warming 101.”).
Laporan itu juga memberi amaran tentang kesan-kesan serius yang bakal mendatang dan kerajaan negara seluruh dunia tidak bersedia dengan sepenuhnya untuk menangani kesan-kesan tersebut.
Kata Kelly Levin, seorang saintis yang mengkaji impak perubahan iklim di Institut Sumber Dunia di Washington:-
Ia menunjukkan yang ‘pilihan-pilihan pada hari ini akan memberi kesan secara signifikan kepada risiko perubahan iklim untuk baki tahun-tahun pada keseluruhan abad ini.
Frances Beinecke, presiden Majlis Pertahanan Sumber Semulajadi, menyifatkan laporan itu sebagai “S.O.S kepada dunia”.
Di Ambang Bahaya
Laporan terbaru itu, dari sebuah badan yang dikenali sebagai Kumpulan Kerja II untuk panel UN, memberi amaran bahawa bumi hampir kehilangan peluang untuk membataskan pemanasan global yang telah berlaku sejak Revolusi Industri.
Para pemimpin dunia sebelum ini bersetuju untuk menyasarkan bagi mengehadkan pemanasan kepada 2 darjah celsius (3.6 darjah Fahrenheit). Menurut Levin:-
Lebih dari tahap itu, “impak akan menjadi parah”
Ada potensi untuk kita terlajak dari tahap itu, yang akan menyebabkan perubahan besar pada bumi, dan dunia masa sekarang akan menjadi satu dunia yang tidak lagi kita kenali.
Sekiranya pemanasan lebih 6-7 darjah Fahrenheit (kira-kira 4 darjah Celsius), dia mendakwa, seperti yang telah diramal dalam model iklim,
Kita akan melihat perubahan besar pada pertanian dunia.
Laporan itu mememberi amaran:-
Perubahan iklim akan membawa kepada peningkatan kekerapan, intensiti dan durasi peristiwa cuaca ekstrim seperti hujan lebat, hawa panas, kemarau, ribut petir yang melampau serta peningkatan paras laut.
Levin berharap yang laporan tersebut akan memberi dorongan untuk pemimpin dunia bagi merundingkan pendekatan yang lebih agresif bagi mengurangkan pengeluaran gas ‘rumah hijau’.
Orang Ramai Perlu Bersedia
Levin memberitahu kesimpulan laporan IPCC ialah, kerajaan perlu melabur kepada perancangan bagi menangani impak perubahan iklim. Komuniti yang sememangnya tidak mendapat banyak manfaat seperti golongan miskin bandar adalah golongan paling berisiko.
Sesetengah komuniti perlu dipindahkan ke kawasan yang kurang risiko, dan perkhidmatan sokongan perlu digerakkan. Dia memberitahu:-
Kita perlukan institusi-institusi yang bergerak cepat dan sistem amaran awal. Kita telah pun melihat impak pemanasan yang signifikan ini, jadi menyesuaikan diri ialah satu keperluan besar.
Syarikat-syarikat tenaga dan kerajaan sedang merancang dengan aktif dan membina infrastruktur yang akan memberi perkhidmatan sokongan selama beberapa dekad. Perubahan iklim akan berterusan, dan pusat tenaga perlu mempunyai air yang mencukupi bagi menjalankan sistem penyejukan di kawasan yang cenderung panas dan kering.
Kita tidak akan melihat perubahan dengan serta merta, tetapi dalam jangkamasa satu abad dunia ini akan menjadi satu dunia yang berbeza secara drastik.
Kesan paling besar ialah pada pertanian
Menurut saintis iklim dari Universiti Stanford dan salah seorang pengarang utama laporan IPCC, Noah Diffenbaugh:-
Di AS, kita telah melihat kesan panas melampau kepada tanaman jagung, kapas dan soya. Kepanasan melampau seperti itu lebih cenderung untuk meningkat jika pemanasan global terus berlaku.
Dalam masa terdekat ini, IPCC akan mengeluarkan satu lagi laporan mengenai cara-cara bagi kerajaan negara seluruh dunia untuk mengurangkan perubahan iklim dan kesannya.
Laporan asal: National Geographic