Laporan Al-Jazeera Mengenai Tindakan Prejudis Malaysia Pada Warga Asing Membangkitkan Kemarahan Ramai

Trending

Laporan Al-Jazeera Mengenai Tindakan Prejudis Malaysia Pada Warga Asing Membangkitkan Kemarahan Ramai

Malaysia antara negara yang pernah menerima pujian di atas kecekapan mengawal pandemik COVID-19 dalam negara. Sehingga kini, kita berjaya menurunkan rekod kes terbaru pada angka yang lebih rendah pada setiap hari di atas usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, satu dokumentari daripada agensi berita antarabangsa, Al Jazeera telah mendakwa Malaysia bersikap tidak berperikemanusiaan dan prejudis dalam kawalan pandemik ini. Menerusi dokumentari yang berdurasi 25 minit ini, agensi berita itu telah membuat tuduhan melulu kepada kerajaan Malaysia dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Advertisement

al jazeera

Agensi berita antarabangsa itu menggambarkan Malaysia bersikap kejam di mana warga asing ditahan dan dikawal ketat seperti seorang tahanan. Malah, mereka juga sempat menemu bual seorang warga asing yang menceritakan ‘kekejaman’ Malaysia dalam melayani warga asing ketika pandemik ini.

Beberapa warga asing yang ditemubual turut menyatakan perasaan tertekan mereka terhadap langkah yang diambil oleh pihak berkuasa.

Video yang dimuat naik oleh Al Jazeera ini telah menerima lebih 500,000 tontonan dan kini berada di tangga 16 trending di Malaysia. Melihatkan jumlah tontonan yang tinggi ini, pastinya dokumentari ini telah merosakkan imej negara di mata dunia dengan penyampaian maklumat yang tidak tepat ini.

Salah seorang petugas kesihatan yang terlibat dalam operasi saringan COVID-19, Iskandar Zulqarnain berasa terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar. Menurutnya, apa yang digambarkan melalui dokumentari ini sangat tidak tepat dan sengaja diadakan untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

“Di kawasan PKPD ini baik warganegara atau bukan, pendatang asing yang masuk secara sah atau yang melalui cara salah, semuanya dilayan sama sahaja oleh pihak berkuasa baik kesihatan, polis, askar dan lain-lain. Warga asing ini (baik yang berdaftar atau tidak) disaring sama macam warganegara.”

al jazeera

Tambahnya, operasi yang dijalankan ke atas pendatang asing tanpa izin oleh pihak imigresen dan polis memang sepatutnya dilakukan dari dahulu lagi. Mereka ini masuk ke negara kita tanpa dokumen, bukan sahaja berisiko membawa penyakit berjangkit lain dari negara luar bahkan kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi warga asing turut merekodkan kadar jenayah yang tinggi. Ini semua risiko kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan juga tidak bersikap kejam kerana turut memberikan bekalan barang dapur dan lampin bayi kepada mereka yang perlu berada di rumah di kawasan PKPD. Kawat besi yang mengepung kawasan PKPD itu yang digambarkan oleh Al-Jazeera sebagai ‘oppressive’, tetapi kawat itulah yang mengekang dan melindungi rakyat dari dijangkiti wabak ini.

Berdasarkan tinjauan, ruangan komen pada video yang dimuatnaik di laman YouTube ini telah ditutup manakala lebih 150,000 telah memberi tanda tidak suka pada video itu. Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Al Jazeera mengenai laporan berat sebelah yang dilakukan terhadap Malaysia ini.

Artikel berkaitan: Cara Malaysia Tangani COVID-19 Dipuji Pelancong Amerika Kerana Lebih Baik Dari Negaranya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...