Laporan 1,000 Tempahan Hotel Di Langkawi Dalam Masa Sejam, Tidak Benar

Trending

Laporan 1,000 Tempahan Hotel Di Langkawi Dalam Masa Sejam, Tidak Benar

Sebelum ini tular berita mengenai Langkawi yang menerima 1,000 tempahan dalam tempoh sejam sebaik sahaja Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Ahad lalu.

2 years lalu

Dalam Masa Satu Jam Sahaja, Hotel Di Langkawi Pecah Rekod Terima 1,000 Tempahan

Advertisement

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri, Mohd Firdaus Ahmad menafikan kenyataan itu.

“Kami tidak tahu daripada mana pihak tersebut mendapat angka itu, kerana kami tidak mempunyai mekanisme untuk mengetahui jumlah tempahan hotel dalam tempoh sejam.”

Menurut Firdaus, pada kebiasaannya pihak hotel akan memaklumkan kepada pihaknya jumlah tempahan yang diterima, tetapi ianya tidak akan dapat diperolehi dalam tempoh yang singkat.

Dia berkata, perkara ini ekoran langkah kerajaan membenarkan perjalanan merentas negeri dan membuka semula pelancongan domestik di dalam tempoh PKPP. Susulan itu kerajaan negeri berharap dapat mencapai antara 1.2 juta hingga 1.5 juta kedatangan pelancong pada tahun ini.

 “Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan sektor pelancongan, kami terpaksa memulihkan semula pelancongan dengan kebiasaan baharu dalam PKPP ini.”

Firdaus turut menambah pada tahun 2019 Langkawi  berjaya menarik lebih 3.7 juta pelancong. Mereka berharap, Langkawi dapat menarik sekurang-kurangnya 1.2 hingga 1.5 juta pelancong menjelang akhir tahun ini.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...