Lapor Kepada Bank Negara Jika Peniaga Letakkan Had Minima Penggunaan Kad Kredit

Trending

Lapor Kepada Bank Negara Jika Peniaga Letakkan Had Minima Penggunaan Kad Kredit

Beberapa minggu lalu kecoh apabila netizen berkongsikan isu dimana peniaga tetapkan had minima untuk menggunakan pembayaran melalui Kredit Kad.

Advertisement

Sebagai contoh, jika ingin membayar di kaunter, juruwang akan menolok pembayaran melalui kad kredit jika nilai pembelian tidak mancapai had yang ditetapkan oleh mereka. Perkara ini menyebabkan pengguna terpaksa mengeluarkan wang tunai untuk membayar, dan jika wang tunai tidak mencukupi, pengguna terpaksa membatalkan pembelian.

Situasi ini berlaku di seluruh Malaysia, semasa penulis pergi ke salah satu pasaraya kecil di Perlis (berdekatan dengan Maktab Perguruan Kangar), mereka juga menetapkan had penggunaan Kad Kredit pada RM50 keatas.

Sehubungan dengan perkara tersebut, laman SAYS mengajukan pertanyaan berkenaan isu tersebut kepada Bank Negara

BNM memberikan penjelasan

“Peniaga adalah dilarang untuk mengenakan jumlah pembelian minima bagi pembelian barangan menggunakan pembayaran kad. Larangan ini termaktub di dalam skema peraturan yang ditetapkan oleh skema pembayaran kad seperti Mastercard dan Visa. Peraturan skema ini boleh didapati melalui laman sesawang skema tersebut”.

“Jika anda berhadapan dengan peniaga yang mengenakan amaun pembelian minima untuk pembayaran melalui kad, anda boleh membuat laporan dengan memberikan maklumat seperti berikut kepada kami”.

Nama peniaga:

Alamat:

Nama pemeroleh (boleh didapati pada resit transaksi pembayaran kad):

Jenis aduan:

Pembekal perkhidmatan Kad Kredit Mastercard dan Visa juga tidak membenarkan mana-mana peniaga untuk menetapkan had tertentu bagi transaksi yang menggunakan kad.

Di bawah Seksyen 1.5.5.1, Peraturan Teras Visa dan Produk Visa Peraturan Perkhidmatan menyatakan bahawa “Peniaga tidak berhak menetapkan jumlah minima atau maksima sebagai syarat kepada Kad Visa atau Kad Elektron Visa”.

Tindakan oleh peniaga ini disebabkan peniaga perlu membayar charge untuk setipa transaksi yang dilakukan. Charge tersebut adalah 0.21% untuk setipa transaksi yang dilakukan. Disebabkan itu segelintir peniaga menetapkan jumlah tertentu untuk pembayaran melalui kad kredit dan tidak berbaloi untuk membayar 0.21% charge transaksi jika bayaran hanya berharga Rm10.

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka sama sekali tidak menyokong tindakan sesetengah peniaga yang menetapkan had minima penggunaan kad kredit tersebut dan pemeriksaan secara rawak akan dilakukan bagi memastikan peniaga tidak meletakkan caj minima bagi transaksi menggunakan kad.

Jika anda berada dalam situasi seperti ini, anda boleh membuat laporan kepada BNM di talian 1-300-88-5465 atau layari laman sesawang BNM untuk maklumat lanjut.

Sumber: SAYS; erabaru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...