Lapor Dirinya ‘Sesat’ Dalam Hutan Hingga Libatkan Pihak Bomba, Lelaki Ini Dikecam Netizen

Trending

Lapor Dirinya ‘Sesat’ Dalam Hutan Hingga Libatkan Pihak Bomba, Lelaki Ini Dikecam Netizen

Viral satu cerita baru-baru ini mengenai seorang lelaki yang melaporkan dirinya sesat di kawasan perhutanan Bukit Fraser, Pahang sehingga menarik perhatian ramai.

Advertisement

Lelaki yang didakwa sebagai seorang blogger difahamkan sesat di dalam hutan dan bersendirian selama berjam-jam. Meskipun telah cuba sedaya upaya, dia tetap gagal mencari jalan keluar dan menemui jalan yang sama.

Menerusi posting lelaki ini, dia mengatakan mujur pada waktu itu telefon bimbitnya masih bernyawa dan kawasan hutan itu mampu mencapai liputan Internet.

Beliau yang sesat menggunakan platform Facebook bagi meminta bantuan orang ramai.

Berdasarkan status yang dimuat naik, beliau mengatakan koordinat GPS yang dibacanya pada waktu itu sepatutnya membawa beliau ke sebatang denai. Namun, beliau mengatakan telah dibawa ke lokasi yang berbeza. Beliau juga sempat berkongsi sekeping gambar.

Lelaki ini juga sempat berkongsi maklumat lokasi beliau berdasarkan bacaan koordinat sambil memohon doa dan bantuan dari orang ramai.

Selepas berita lelaki yang mendakwa dirinya sesat tersebar, seorang kenalan facebooknya bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Raub bagi memohon bantuan lanjut.

Wanita yang tidak dikenali namanya menghubungi pihak bomba menerusi Facebook untuk melaporkan tentang kehilangan lelaki tersebut di kawasan hutan Bukit Fraser.

Pihak bomba segera memberi maklum balas dan bersedia untuk mengadakan misi SAR secepat mungkin tanpa berlengah.

Akhirnya, berita tentang lelaki mendakwa dirinya sesat di hutan hanyalah sekadar prank yang tak tahu apa motif di sebaliknya. Berita ini telah disahkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Raub menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook.

Walaubagaimana pun, ia tidak terhenti disitu. Lelaki ini sekali lagi memuat naik update terbaru tanpa rasa segan silu setelah “selamat” dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi.

Ekoran tindakannya itu, telah mencetuskan kemarahan dikalangan netizen di media sosial. Daripada mendoakan keselamatan beliau, kini bertukar menjadi pelbagai caci maki dan kecaman.

Kini, segala post mengenai dirinya sesat di hutan telah pun dipadam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...