Semenjak kelazatan KFC Twister baharu baharu, keinginan Abang Nara untuk makan di KFC semakin membuak-buak. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dibuatnya. Walaupun amat sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, akhirnya minggu lalu Abang Nara berjaya menjejakkan kaki ke KFC sekali lagi untuk memenuhi nafsu makan yang telah menguasai diri ini.
Sepanjang perjalanan ke KFC Abang Nara terfikir-fikir nak order apa kali ini. Ikut rasa hati semua benda nak makan. Keliru juga dibuatnya. Namun segala kekeliruan diri ini terlerai dan terjawab apabila Abang Nara ternampak promosi terbaru KFC iaitu KFC Super Jimat Box.
KFC Super Jimat Box ini memang jimat sejimat-jimatnya. Bermula dari RM8.95, Abang Nara boleh memilih nak makan apa daripada 6 pilihan kotak hebat. Setiap kotak di dalamnya turut termasuk seketul ayam KFC, crispier fries dan minuman berkarbornat. Teringat hari tue ada ternampak iklan KFC Super Jimat Box kat televisyen.
Meleleh kan air liur? Ok jom kita tengok apa yang ditawarkan dalam 6 kotak Super Jimat Box ini;-
Fuh!!! Memang lazat-lazat dan best-best sungguh 6 pilihan Super Jimat Box KFC ini. Ikut hati ini, memang terasa nak order kesemuanya. Tapi orang kata ikut hati binasa, jadi Abang Nara order 3 je. Hehehe. (masih tamak haloba jugak sebenarnya)
https://kfc.com.my/promotions/super-jimat-box
Abang Nara telah pun membeli Twister Box sebab suka sangat dengan KFC Twister baharunya, lepas tue order Soup Box sebab tak pernah lagi cuba dan yang terakhir Abang Nara order Tenders Box sebab teringin nak rasa kerangupan Crispy Tenders dengan sos Sour Cream & Onion. Diingatkan sekali lagi setiap kotak ini turut termasuk seketul ayam KFC, crispier fries dan minuman berkarbornat. Confirm kenyang tak ingat punya.
Ok marilah kita melihat aksi Abang Nara mencuba ketiga-tiga KFC Super Jimat Box ini:-
Selain daripada kesedapan dan kekenyangan yang pasti apabila memakan KFC Super Jimat Box ini, apa yang paling Abang Nara suka tentang promosi terbaru KFC ini ialah harganya. Memang jimat yang betul-betul jimat punya. Bermula daripada RM8.95 dah boleh dapat satu set makanan lengkap. Memang berbaloi-baloi sangat. Lagi best, anda boleh menang RM1500 apabila berkongsi gambar atau video menikmati KFC Super Jimat Box dengan cara yang paling kreatif menggunakan hastag #KFCSUPERJIMATBOX #SOWORTHIT di Instagram. Dah la dapat jimat duit, ada pulak peluang nak buat duit. Memang best!!!
Jadi tunggu apa lagi? Silalah ke KFC berdekatan, order Super Jimat Box, makan sampai kenyang dan jangan lupa sertai contest yang menawarkan wang tunai RM1,500 ini. Mana tahu ada rezeki korang kan? Selamat mencuba. Maklumat lanjut layari https://kfc.com.my/promotions/super-jimat-box