Menjadi pemberita memerlukan anda berada di tempat-tempat tertentu untuk membuat liputan. Sekiranya berlaku peristiwa penting dalam negara, biasanya pengamal media ‘berkampung’ untuk membuat liputan dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai peristiwa itu. Dengan wujudnya teknologi, mereka juga membuat siaran langsung dari tempat kejadian. Ada yang berada di sana sepanjang hari.
Memandangkan pengamal media terpaksa berpanas dan berlapar di perkarangan Istana Negara untuk membuat liputan perkembangan terbaru arena politik Malaysia, pihak Istana telah menyediakan berkotak-kotak Kentucky Fried Chicken secara percuma untuk pemberita-pemberita menghilangkan lapar.
Terima kasih team istana bagi kfc! Hargai dan perihatin dengan kami para pengamal media! pic.twitter.com/sg1rs4mSLZ
— Zayim (@ZAIMZAMANI) February 24, 2020
Bukan KFC biasa.. Terharu bila Istana bagi. Menjunjung kasih Tuanku..@tengkuafzan1 pic.twitter.com/22Io8hHpVa
— Tun Mohamad Shazlan (??? ???? ????) (@tun_mohdshazlan) February 24, 2020
Bayangkan sedang berpanas dan lelah membuat liputan dalam keadaan lapar, kemudian dapat KFC percuma!
Budi pihak Istana dalam memberi hadiah KFC buat pemberita yang kelaparan amat dihargai dan mendapat pujian warganet.
Apa pun semoga masing-masing dapat menjalankan tugas dengan baik. Kami pasti sekotak KFC bagaikan pembakar semangat buat pengamal media yang tidak jemu-jemu membuat liputan. –amazingnara.com