Anda bersenam, anda cuba untuk makan dengan cara yang betul. Bagaimanapun anda masih mungkin melambatkan pembakaran kalori dan usaha untuk mengurangkan berat badan tanpa sedar. Lauren Slayton, M.S., R.D.,pengarang buku The Little Book of Thin telah menerangkan beberapa tabiat yang menyebabkan berat anda lambat turun.
1) Anda tidak minum air yang cukup
Tubuh anda memerlukan bendalir untuk melaksanakan kesemua fungsi yang ia perlu lakukan, kata Slayton. Apabila badan tidak berfungsi dengan baik, ia tidak akan membakar kalori dengan lebih banyak. Satu lagi yang perlu diingatkan: kebanyakan kalori yang dibakar melalui air yang diminum dilakukan oleh badan yang bekerja untuk menaikkan suhu air sejuk kepada 98.6 darjah–jadi minum air panas dengan lemon atau teh panas sahaja tidak menaikkan metabolisme sebagus air sejuk.
2) Anda tidak mengambil suplemen vitamin D
Apabila badan anda mempunyai kadar vitamin D yang rendah, proses penurunan berat badan menjadi lambat dan tahap hormon ghrelun, yang membuat anda rasa lapar, akan menjadi lebih tinggi, kata Slayton. Oleh kerana vitamin D sukar didapati dari diet, beliau menyarankan untuk mengambil suplemen vitamin D.
Lagi enam tabiat dengan membaca entri ini sepenuhnya.
3) Anda “Ratu Senaman Kardio”
Anda tahu yang senaman sangat penting bagi memaksimumkan kadar metabolisme, tetapi jika anda berlari atau berbasikal di rumah–anda tidak akan membina otot tanpa lemak yang akan meningkatkan metabolisme, kata Slayton. Cuba untuk integrasikan latihan kekuatan (contoh, angkat berat) dalam senaman untuk lebih meningkatkan pembakaran kalori.
4) Anda makan snek di tengah malam
Ada banyak penekanan tentang betapa pentingnya makan secara teratur supaya kadar metabolisme tidak turun, tetapi terdapat kajian yang menyatakan tidak makan selama beberapa jam mungkin lebih baik untuk metabolisme. “Saya sering menyarankan pelanggan saya untuk tidak makan selama 12 jam,” kata Slayton. “Anda ‘menyakitkan’ metabolisme anda jika makan snek pada tengah malam atau bersarapan sebelum bersenam pada jam 7.00 pagi.
5) Anda tidak mengambil kafein
Kafein mempunyai reputasi yang buruk, tetapi sebenarnya ia boleh membantu anda meningkatkan sedikit pembakaran kalori. Tiada siapa meminta anda mengambil dalam kadar yang banyak, tetapi jika anda minum teh hijau atau kopi setiap hari sebagai rutin ia boleh membantu metabolisme agar bekerja pada kelajuan tinggi.
6) Anda tidak tidur dengan cukup
Mereka yang tidak tidur dengan cukup biasanya mempunyai badan lebih berat dari mereka yang berehat dengan cukup kebanyakan malam. Mengapa? Kajian menunjukkan tidak cukup tidur menyebabkan hormon yang mengawal selera makan tidak bekerja dengan sempurna, menyebabkan anda lebih lapar dan makan lebih banyak. Slayton menyarankan tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari.
7) Anda stres berterusan
Sangat tidak selesa apabila anda asyik bimbang–ia juga tidak baik untuk metabolisme badan. “Cortisol ialah hormon stres yang bahaya, dan bila ia diaktifkan, badan anda akan mula berada dalam mod penyimpanan lemak,” kata Slayton.
8) Anda makan racun perosak
Jika anda rasa anda sudah melakukan kesemua pelan penurunan berat badan dengan betul namun berat masih belum turun, mungkin anda patut periksa dari mana datangnya makanan yang anda makan dan apa yang disemburkan pada makanan,” kata Slayton. Beberapa bahan kimia pada plastik dan racun perosak adalah pengganggu endokrin yang dipanggil obesogens, yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan.
Laporan asal: Women’s Health Mag