Lapan Kisah Seram Di Karak Yang Masih Menghantui Pengguna Lebuhraya Karak

Trending

Lapan Kisah Seram Di Karak Yang Masih Menghantui Pengguna Lebuhraya Karak

Semalam kami ada menonton satu rancangan di Astro yang memaparkan kisah seram di Karak. Dalam rancangan itu juga, ada beberapa individu yang menceritakan kisah seram di karak termasuk seorang DJ Radio yang mengendalikan satu show di Radio pada suatu masa dahulu tentang kisah seram.

Advertisement

Jadi ini lah 8 kisah yang anda boleh baca di internet tentang kisah seram di karak. Ada juga yang kami sunting memalui pengetahuan kami sendiri.

1. Fru Bertembung
Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Tidur di Genting Sempah
Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berhenti pada waktu malam(tidur), dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.Volkswagen kuning
Ini yang paling famous pasal kisah Karak. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak. Dia akan potong kereta anda dan selepas itu dia akan bawa perlahan supaya anda memotong balik. Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga nahas la anda.

Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, pada tahun 1998 masa radio Era baru je wujud dan ada kisah macam cerita hantu gitu la). Seorang pemanggil call radio Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z, dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini, pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus. Dan ada pula seorang perempuan yang menelefon dan ceritakan kemalangan dia sekeluarga di Karak ketika ingin pergi kenduri di Pahang yang melibatkan kematian seluruh keluarga dan bila DJ radio tu tanya “Kalau semua keluarga awak meninggal, dah tentu awak juga dah meninggal” selepas tu talian pun terus terputus.

4. Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri. Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi. Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak. Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun, usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik. Ketika itu, kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula. Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

5. Kereta Antik
Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu, dia nampak banyak kereta paking tepi jalan, tapi yang peliknya kat situ gelap gelita, seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik, semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik. Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL). Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam, tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

6. Konduktor Bas
Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi. Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dalam bas tu sebab ramai penumpang. Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung. Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?.

7. Bekas Ketua Komunis
Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan, tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang. selepas itu. hilang.

8. Hantu Makan Orang
Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an. Si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature” naik. Si isteri tunggu di dalam kereta, lama juga dia tunggu suaminya . Lepas tu datang kereta peronda polis, si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”. Bila dengar polis cakap macam itu, si isteri ni terus pandang. Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur.

Cerita lain pula mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah. Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. Lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

p/s menurut seorang pengamal perubatan islam yang kami tonton di satu rancangan Astro. kemalangan yang berlaku di Karak ini adalah balasan makhluk halus tersebut. Dikatakan semasa pembinaan lebuh raya tersebut, kontraktor menjalankan pembinaan tanpa menyelidik kawasan tersebut. Dikatakan batu yang dibuang serta bukit yang dihancurkan telah menyebabkan anak cucu makhluk tersebut mati, jika 10 ribu nyawa mereka diambil makan 10 ribu nyawa lah mangsa di Karak akan diambil. Itulah yang dinyatakan oleh pengamal tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...