Lantang Bersuara Konflik Timur Tengah, Yuna Hilang Hampir Segalanya – “Saya Hilang Kawan, ‘Job’ Kena Tarik”

Hiburan

Lantang Bersuara Konflik Timur Tengah, Yuna Hilang Hampir Segalanya – “Saya Hilang Kawan, ‘Job’ Kena Tarik”

Penyanyi antarabangsa, Yuna, menerima kesan besar selepas lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

Keberaniannya berkongsi kandungan mengenai kekejaman di Gaza bukan sahaja mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, malah turut menjejaskan kerjaya seninya apabila beberapa tawaran persembahan luar negara terhenti dan ribuan pengikut meninggalkan akaunnya.

Advertisement

Yuna atau Yunalis Ma Zara’ai mengakui kehidupannya berubah sekelip mata sejak mula menzahirkan solidariti.

Saya tahu ini sukar, tetapi saya ada di sini bersama kamu (Palestin). Saya lihat ramai yang mempunyai jutaan pengikut dan platform besar memilih untuk berdiam diri, sedangkan kita semua sedang menyaksikan Gaza dimusnahkan di depan mata.

Sejak saya mula berkongsi kandungan mengenai tembikai (simbol solidariti Palestin), saya kehilangan pekerjaan, malah ada yang saya tolak sendiri.

Saya hilang kawan, tidak lagi menerima undangan persembahan di luar negara dan kehilangan lebih 4,000 pengikut. Peminat saya sendiri tidak dapat melihat hantaran saya.

Meskipun berdepan kehilangan, tekanan dan rasa terasing, penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Sempurna itu tetap tabah. Katanya, dalam situasi penuh cabaran ini, dia belajar menerima bahawa ada hari dirinya terasa lemah, ada ketika masih ada secercah harapan.

Ada hari saya rasa sangat teruk, ada hari seolah masih ada harapan. Kadang-kadang terasa sukar apabila orang yang saya bekerjasama berpura-pura tiada apa berlaku, seolah genosid itu bukan realiti.

“Ada hari saya menangis, tetapi setiap hari jiwa saya tetap ada. Dengan jiwa yang masih kuat, saya tahu semuanya akan baik-baik saja,” katanya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ina naim
2025-09-03 20:09:44

Ina Naim Bersuara Isu 'Over' Ketika Di Pentas TTMM - "Sebelum Saya Kena Bantai, Saya Bantai Dulu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...