Lans Koperal Direman Kes Bunuh Isteri Ditemui Meninggal Dunia Dalam Sel

Hiburan

Lans Koperal Direman Kes Bunuh Isteri Ditemui Meninggal Dunia Dalam Sel

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang berada dalam tahanan ditemui meninggal dunia di Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka, Arau semalam.

Menurut Berita Harian, mangsa berusia 28 tahun itu berasal dari Setiu, Terengganu dan ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sel oleh wadar sekitar jam 4.30 petang.

Advertisement
Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka, Arau

Kredit: Utusan Malaysia

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata pihaknya mendapat maklumat tentang kejadian itu pada jam 5.25 petang dan mendapati mangsa adalah anggota polis.

Mangsa diarah ke Mahkamah Majistret Kangar pada jam 8 pagi semalam bagi menghadiri perbicaraan namun enggan berbuat demikian.

Tambahnya, wadar bertugas telah melawat mangsa yang berada di dalam sel pada setiap satu jam dan mendapati dia hanya diam sambil berbaring di tempat tidur pada setiap tinjauan.

lelaki baring dalam sel penjara

Pada jam 4.30 petang, wadar yang meronda cuba mengejutkan lelaki itu yang disangka tidur namun mendapat dia tidak lagi bergerak dan segera mengarahkan mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Pada jam 5.10 petang, pihak hospital mengesahkan dia sudah meninggal dunia sebelum tiba di hospital. Laporan polis berhubung kematiannya telah dibuat pada jam 5.25 petang semalam.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar bagi proses bedah siasat.

 

Direman sejak dua tahun lalu kerana tuduhan bunuh isteri

Siasatan awal mendapati si mati adalah anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan direman sejak dua tahun lalu kerana kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa ditahan reman di Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka sejak 17 Mac 2023 dan menunggu untuk dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi, Kangar.

Pada 5 Mac 2023, si mati dituduh membunuh isterinya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar antara jam 6.45 pagi hingga 8.50 pagi.

Mangsa mempunyai rekod psikiatri yang dirujuk di beberapa hospital sejak 2017 dan tiada unsur jenayah ditemui yang boleh menjurus ke arah punca kematian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

keluarga dapat pampasan anak maut dalam tahanan reman
2 months ago

Ibu Bapa Terima Pampasan RM490,000 Selepas Anak Maut Semasa Dalam Tahanan Reman Akibat Kecuaian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...