Lanjutan PKP, Perlu Atau Tidak? MKN Bincang Hari Ini – Sumber

COVID-19

Lanjutan PKP, Perlu Atau Tidak? MKN Bincang Hari Ini – Sumber

Terbaru, Majlis Keselamatan Nasional (MKN) sepakat mengadakan mesyuarat pada hari Selasa dan akan membuat keputusan dengan mempertimbangkan soal kehidupan dan sara hidup (live and livehood) bagi seluruh rakyat Malaysia.

Kenyataan yang dibuat seorang sumber ini seharuskan diberi perhatian dek keadaan dialami rakyat yang melibatkan banyak aspek.

Advertisement

“MKN kemungkinan besar akan membuat keputusan hari ini sama ada untuk melanjutkan atau melonggarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa di seluruh negara”

“Hari ini, kami akan memperincikan dan berdiskusi dengan lebih lanjut mengenai apa sebenarnya yang akan kami katakan dalam pengumuman rasmi kepada rakyat sebagai persediaan selepas 4 Februari.

Pun begitu, sumber tersebut melaporkan prioriti mereka masih bertujuan unyuk menyelamatkan nyawa dan menjaga keutamaan sara hidup.

Walau bagaimanapun, masih belum ada keputusan mengenai waktu dimana pengumuman itu akan dibuat.

Dalam kes ini, rakyat disarankan untuk kekal tenang dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang akan merumitkan keadaan sedia ada.

Sekadar makluman, PKP yang dikuatkuasa pada 13 Januari lalu sepatutnya  berakhir pada 4 Februari. Namun, segala keputusan masih sedang giat dibincangkan pihak berkaitan.

MKN yang terdiri daripada pegawai dan menteri tertinggi kerajaan, biasanya akan memulakan rutin mesyuarat harian pada hari Selasa, jam 11 pagi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...