Belum reda dengan pendedahan Ustaz Abu Syafiq pergi ke tanah suci tanpa divaksin, kali ini dia berkongsi pula isu berkaitan dengan menteri yang dimuat naik di akaun Instagram.
Akibat membuat pengakuan seperti itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad mahu pihak berkuasa menyiasat pendakwah tersebut.
Namun, kenyataan Idris tersebut telah disanggah oleh Ustaz Abu melalui sebuah video.
View this post on Instagram
Dalam pendedahannya itu, beliau mendakwa bekas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa ahli kerajaan yang lain tidak mengambil vaksin ketika mereka menunaikan Umrah baru-baru ini.
PDRM, KKM dan Menteri Agama wajib siasat Mantan PM Mahyuddin Yassin dan rombongan. Mereka pergi Umrah baru-baru ini tak Vaksin MM langsung.
Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen membanjiri ruangan itu dengan pelbagai pandangan serta persoalan, malah ada juga yang menyokong Ustaz Abu mendedahkan perkara sebenar.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.