Langkah Jadi Content Creator, Pakar Kongsi Tips Tempa Nama Di Media Sosial

Branded

Langkah Jadi Content Creator, Pakar Kongsi Tips Tempa Nama Di Media Sosial

Media sosial menjadi salah satu elemen penting dari hidup kita hari ini. Apa yang ditonjolkan di laman sosial menjadi sebahagian dari identiti secara maya. Bercakap soal media sosial, semestinya melibatkan topik pembikin kandungan atau content creator. Bagaimana untuk menjadi pembikin kandungan yang berkualiti dan memberi manfaat kepada pengguna lain?

Untuk itu, Darlie bekerjasama dengan agensi platform pempengaruh media sosial, Ittify memperkenalkan Darlie: The Next Creator. Darlie Whitening yakin setiap daripada kita boleh bersinar dan menghasilkan generasi pembikin kandungan yang berkeyakinan tinggi.

Jom sama-sama kita saksikan perjalanan peserta dibimbing hos dan mentor dalam usaha menjadi pembikin kandungan berkualiti.

Siapa hos dan mentor Darlie: The Next Creator?

Hos: Layla Sania

Darlie The Next Creator

Layla membuat penampilan sulungnya dalam persada muzik tempatan dengan single pertama, “Que Sera Sera” pada pertengahan 2019. Dia mulai dikenali ramai ketika menyertai program realiti I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga. Layla terlibat dengan Darlie: The Next Creator untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana untuk mempunyai kepercayaan diri dengan kebolehan masing-masing.

Mentor: Eleena Harris

Darlie The Next Creator

Eleena mula menunjukkan minat dalam bidang muzik seawal usia 7 tahun. Lagunya ‘Terlalu Rindu’ mendapat perhatian dengan mencapai 5 juta tontonan di Youtube. Sebagai seseorang yang lebih berpengalaman, Eleena percaya dia boleh membimbing bakal creator di luar sana untuk menjadi perintis generasi creator berkualiti di masa akan datang.

Mentor: Guan

Darlie The Next Creator

Mengasaskan Ittify pada 2015, kini Ittify mempunyai lebih 10,000 pembikin kandungan dengan rekod kempen melebihi 1,000. Guan juga tersenarai dalam 30 Under 30 oleh Forbes dan senarai Most Influential oleh Tatler Asia. Selain itu, Guan juga adalah penerima d’Awards 2022 bagi kategori Rising Star oleh Malaysian Digital Association. Dia menjadi mentor untuk program ini bagi mengasah lebih ramai bakat baru dalam bidang content creator serta menonjolkan kreativiti para peserta.

Apa yang perlu ada pada creator?

Untuk menjadi pembikin kandungan, bukan sekadar membuat pos outfit of the day dan menerima pujian, atau memviralkan tempat makan yang sedap yang baru dibuka di kawasan sekitar sehingga diserbu orang ramai.

Mentor-mentor ini memberi panduan, nasihat dan tips untuk menghasilkan kandungan, berdepan dengan pelanggan, menambah jumlah pengikut dan bermacam lagi. 

Darlie The Next Creator

Apa sebenarnya yang perlu dilalui peserta ketika menyertai program ini? Sepanjang program, peserta akan melengkapkan 3 cabaran. Pemarkahan dibuat dari 4 parameter untuk menguji aspek kreativiti, keyakinan, kualiti produksi dan engagement serta beberapa aspek sebelum layak dipilih oleh juri sebagai juara pertama Darlie: The Next Creator.

Cabaran dirangka untuk membina keyakinan peserta dan mencabar mereka untuk sentiasa kreatif menghasilkan idea. Dalam masa sama, mereka perlu memenuhi permintaan klien dalam masa sama mempunyai jalan cerita, sesuai dengan niche sendiri dan idea yang bernas.

30 finalis siap sedia menyahut cabaran

Finalis yang terpilih dalam Darlie: The Next Creator ini terdiri dari pelbagai latar belakang dengan kepakaran masing-masing. Setiap seorang daripada mereka akan dinilai oleh barisan mentor dan hos setiap minggu menerusi cabaran diberikan sebelum menjadi juara pertama Darlie: The Next Creator.

Darlie The Next Creator

Darlie: The Next Creator dibawakan khas oleh Darlie Whitening. Darlie ingin memberi aspirasi untuk semua konfiden berhubung dengan orang dan melangkah terhadap aspirasi mereka.

Rangkaian ini mempunyai 4 varian iaitu Darlie Whitening Charcoal Clean, Darlie Whitening Baking Soda, Darlie Whitening Lime Mint dan Darlie Whitening Natural Enzyme.

Serlahkan keyakinan dengan Darlie Whitening dan dapatkan produk ini di Shopee, Lazada, Watsons atau Guardian hari ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...