Terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada lima lagi peserta lelaki yang berjaya ke peringkat akhir Big Stage 2020 (BS2020), penyanyi kecil molek Farisha Iris merupakan bintang terakhir yang tersingkir di konsert separuh akhir semalam.
Farisha yang membawakan dua lagu iaitu Semalam nyanyian asal Aina Abdul serta Ratusan Purnama hasil duet bersama Syamel itu terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas akhir kerana jumlah markahnya tidak membantu dirinya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Ini sekali gus menjadikan lima peserta lelaki yang bertanding layak ke konsert akhir BS2020. Mereka adalah Usop, Azzam Sham, Fadh Majid, Qody Rany dan Dinie Rashid.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional dan undian peminat secara online:
- Azzam Sham – 81.9% (Tak Mungkin Bersama & Gundah duet bersama Bob Yusof)
- Usop – 75.6% (Lelaki Ini & Kembali Merindu duet bersama Haqiem Rusli)
- Fadh Majid – 73.1% (Someone You Love & Percayalah duet bersama Shiha Zikir)
- Qody Rany – 71.7% (Rude & Satu duet bersama Naqiu)
- Farisha Iris – 68.5% (Semalam & Ratusan Purnama duet bersama Syamel)
- Dinie Rashid – 66.1% (Adventure of A Lifetime & Sumpah duet besama Aizat Amdan)
Sekadar informasi, Ahad ini kesemua peserta lelaki ini bakal berentap untuk mengungguli gelaran Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Sumber: Gempak