Langit Kuala Lumpur Diterangi 300 Drone Dengan Bentuk Logo Avengers

Trending

Langit Kuala Lumpur Diterangi 300 Drone Dengan Bentuk Logo Avengers

Alam semesta berada dalam keadaan kucar-kacir selepas Thanos berjaya mengumpul lima Batu Infiniti lantas melenyapkan lebih 50% kehidupan termasuk sebahagian besar anggota The Avengers.

Advertisement

Bagi membalas dendam, The Avengers yang tinggal, Captain America, Iron Man, Black Widow, Thor, Hawkeye, Hulk (Dr Bruce) dan Antman memburu Thanos yang bersembunyi di sebuah planet dikenali The Garden.

Pemburuan mereka kemudian dibantu dengan kemunculan Captain Marvel selepas menerima mesej kecemasan dihantar Ejen Fury yang turut menjadi mangsa Thanos.

Setakat itu saja peminat The Avengers tahu dan apa yang berlaku dalam ‘Marvel Cinematic Universe’ (MCU) selepas itu masih menjadi tanda tanya.

Teka-teki, teori dan segala macam sinopsis mengenai Avenger: Endgame mulai muncul di alam maya dek keterujaan peminat setia selepas menyaksikan Avengers: Infinity War tahun lalu yang meninggalkan kesan besar terhadap mereka.

Hari ini adalah hari pertama untuk tayangan filem ini di pawagam seluruh Malaysia yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Avengers. Tidak dapat dinafikan, teknik pemasaran filem Avengers sangat unik dan berbeza dari pemasaran filem-filem lain.

Malah, filem itu juga mempunyai penceritaan watak yang sangat tersusun sehinggakan hampir setiap dari kita mengenali watak-watak di dalam filem terbabit biarpun tidak pernah membaca komik.


Semalam kira-kira jam 8 malam, berpuluh-puluh dron mewarnai langit berhampiran dengan menara Kuala Lumpur bagi menyambut 24.4, hari tayangan pertama filem Avengers Endgame.

Video ini dikongsi oleh pengguna Twitter Bammin dalam rentetan gambar sebelum pengguna-pengguna Twitter lain berkongsi video di tweet berkait. Malah, ada juga netizen yang berkata pada mulanya dia menyangka kerlipan-kerlipan cahaya dilangat adalah UFO.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...