Langgar Undang-Undang, Isi Google Form Untuk Cari Jodoh Boleh Dipenjara 2 Tahun Dan Didenda?

Kehidupan

Langgar Undang-Undang, Isi Google Form Untuk Cari Jodoh Boleh Dipenjara 2 Tahun Dan Didenda?

Baru-baru ini, tular mengenai seorang gadis menjadi viral setelah beliau menggunakan kaedah Google Form untuk mencari peneman hidup.

Tidak menjangkan hal itu akan mendapat perhatian ramai, gadis itu telah menerima maklum balas sebanyak 2000 calon dalam masa beberapa hari saja setelah berkongsikan di laman media sosial.

Advertisement

Bagaimanapun, hal yang dilakukan itu sebenarnya merupakan satu kesalahan yang dianggap melanggar undang-undang.

Sebab hal itu melanggar undang-undang kerana platform berkenaan merupakan tempat mengumpul data, terutamanya untuk tujuan komersial. Ia boleh dikatakan melanggar seksyen 5(2) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter dan ia telah mendatangkan persoalan daripada kalangan netizen berhubung dengan isu gadis viral itu.

Di dalam ciapan tersebut, dia turut memberitahu jika betul disabitkan kesalahan, pihak berkenaan boleh dikenakan denda sebanyak RM300,000 atau penjara dua tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

iklan
3 years ago

"Tak Expect Banyak Macam Ni" - 2,000 Jejaka Isi Borang Iklan Jodoh Gadis Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...