Langgar SOP PKP, Shuib Dan Siti Sarah Didenda Kerana Makan Beramai-Ramai Di Restoran

Hiburan

Langgar SOP PKP, Shuib Dan Siti Sarah Didenda Kerana Makan Beramai-Ramai Di Restoran

Usahawan Shuib Sepahtu dan isterinya, penyanyi Siti Sarah dilaporkan telah didenda sebanyak Rm1,000 setiap seorang apabila didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan kini.

Siti Sarah dan ShuibSumber : Instagram Siti Sarah  

Difahamkan, pasangan suami isteri ini telah didapati duduk di sebuah meja melebihi dua serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal di sebuah restoran pada hari Jumaat yang lalu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor yang ditemui media berkata, terdapat dua lagi pelanggan yang duduk di meja yang sama turut dikenakan kompaun.

Shuib dan Siti SarahSumber : Foto Ihsan Polis  

“Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op COVID-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit. Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.”

Terdahulu, seorang pengguna media sosial telah memuat naik foto dirinya bersama pasangan selebriti itu sedang menjamu selera di premis tersebut menerusi akaun Facebook peribadi miliknya.

Sekadar info, kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di setiap negeri bermula 10 Februari lalu di mana antara peraturan yang ditetapkan adalah hanya dua individu sahaja dibenarkan berada di satu meja ketika makan di restoran atau gerai makan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...