Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Langgar PKPB Kerana Rentas Negeri, Pelakon Wanita Ditahan Polis

Bertindak melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana merentas negeri tanpa kebenaran ketika melakukan akitiviti berbasikal, seorang pelakon wanita ditahan pihak polis.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, tangkapan dibuat susulan laporan oleh pihak polis selepas ternampak satu hantaran di Instagram.

Kredit – BH Online

“Laporan polis dibuat Ketua Balai Polis Gombak pada jam 3.14 petang, semalam selepas meneliti gambar dua wanita sedang berbasikal di akaun Instagram mengguna nama ‘belladally’ dengan kapsyen ‘Woohoo Genting Sempah with @diyanabana’.

Tambahnya lagi, pelakon itu dan rakannya merentas negeri tanpa kebenaran polis. Susulan kejadian, mereka dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, bagi membantu siasatan.

“Kedua-duanya ditahan kira-kira jam 8 malam, tadi ketika mereka hadir ke IPD Gombak. Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas kita selesai mengambil keterangan mereka.”

Ujarnya, kedua-dua mereka difahamkan menaiki kenderaan dengan membawa basikal masing-masing dari Dutamas ke Restoran Marina Seafood berhampiran Hospital Orang Asli Gombak, Ahad lalu.

“Mereka mula berbasikal pada jam 8.30 pagi melalui Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah. Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke ibu negara.”

Untuk rekod, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Advertisement

Tidak ketinggalan, siasatan juga turut dijalankan mengikut Perkara 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan Jangkitan) (No.8) 2020.

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Concerned citizen

    October 23, 2020 at 8:59 am

    Kalau dah nama selebriti, tolong tinggalkan teladan baik kepada masyarakat. Sepatutnya selebriti, anak pemimpin dan wakil rakyat dikenakan RM10K terus sebagai pengajaran. Hmm…

  2. zuragone

    October 21, 2020 at 2:23 pm

    kalau tak menunjuk serta bodoh bukan artis malaysia. tak boleh ke jadi contoh yg baik?

    • Kak nani

      October 21, 2020 at 8:40 pm

      Cakap kedobohan tu teringat posing2 maut shuib sampahtu..ha ha

  3. Anonymous

    October 21, 2020 at 1:40 pm

    Kena keluar pulak satu ribu ringgit…..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top