Bakal bersalin anak pertama tidak lama lagi membuatkan  rasa ingin tahu Hanez Suraya mengenai proses bersalin agak memuncak.
Walaupun sudah dilarang oleh doktor untuk tidak menonton video wanita bersalin, Hanez bagaimanapun sudah melanggar nasihat tersebut dan mengigau apabila terigat kembali proses ketika melahirkan anak seperti yang ditonton olehnya di YouTube.
Doktor dah pesan jangan tengok video orang bersalin di Youtube, takut nanti kita bimbang dengan keadaan diri kita masa bersalin nanti. Tetapi saya tetap mahu menonton video itu. Bukannya apa, sebagai wanita yang pertama kali bakal bergelar ibu, saya mahu tahu apa yang akan berlaku.
Selepas menonton video tersebut, perasaan saya sedikit bimbang apakah yang bakal saya lalui nanti. Sampai saya mengingau semasa tidur.
Meskipun beliau sekarang lebih merehatkan diri di rumah, Hanez masih sempat untuk meminta nasihat daripada ibunya serta mendapatkan khidmat bidan bagi persediaan semasa bersalin dan ketika dalam pantang nanti.
Buat masa ini Hanez masih belum memberikan kata putus mengenai perjalanan karier beliau selepas bersalin. Hanez hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada anaknya sebelum memikirkan hal tersebut.
Saya pun tak tahu macam mana susunan masa saya selepas bersalin nanti. Tengok dahulu macam mana., yang penting saya mahu fokus pada anak yang bakal lahir ini dan keluarga dahulu sebelum memikirkan tentang kerja pula.
Biasalah tu kalau mahu melahirkan anak pertama, pelbagai macam soala yang bermain di minda lebih-lebih lagi tentang proses bersalin nanti. Apa-apa pun doakan agar segala proses kelahiran anak pertama Hanez Suraya dan Romie Razin dipermudahkan.