Langgar Agama, Rakyat Muslim Selar Kerajaan Sri Lanka Wajibkan Mayat Pesakit COVID-19 Dibakar

Trending

Langgar Agama, Rakyat Muslim Selar Kerajaan Sri Lanka Wajibkan Mayat Pesakit COVID-19 Dibakar

Wabak COVID-19 ini bukan sahaja menyerang negara dengan ketumpatan penduduk yang ramai malahan negara yang kecil juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa. Setakat ini, Sri Lanka telah melaporkan sebanyak 210 kes positif di mana jumlah pulih ialah 56 manakala jumlah korban pula menjangkau angka 7.

Namun begitu, ramai antara rakyat Muslimnya kesal dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan tersebut yang sepertinya membelakangkan kepercayaan agama mereka. Hal ini kerana Sri Lanka telah mengumumkan bahawa proses pembakaran mayat adalah wajib dilakukan ke atas mangsa COVID-19.

Advertisement

Mayat mangsa yang meninggal akibat COVID-19 haruslah dibakar.

sri lanka arah bakar mayat magsa covid-19

Daripada 7 orang pesakit positif virus tersebut yang gagal diselamatkan, 3 daripadanya adalah beragama Islam. Meskipun ahli keluarga dan saudara rapat membantah arahan tersebut, pihak berkuasa tetap meneruskan proses pembakaran mayat mereka.

Malahan keputusan tidak sensitif itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pertubuhan hak asasi manusia. Ini kerana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sesiapa yang meninggal dunia kerana COVID-19, mayatnya boleh ditanam atau pun dibakar.

Rata-rata rakyat juga menyatakan bahawa dalam masa yang genting ini, pihak berkuasa sepatutnya meningkatkan solidariti di antara masyarakat dan bukannya membina tembok di antara bangsa atau pun agama.

komuniti muslin di sri lanka

Kalau anda nak tahu, daripada 21 juta penduduk Sri Lanka, peratus penduduk beragama Islam adalah 10%. Parti politik utama yang mewakili Muslim di negara tersebut telah melahirkan rasa marah dan menuduh bahawa kerajaan negara itu memandang enteng kepada permintaan keluarga dan juga amalan keagamaan.

Pemimpin yang prihatan pasti akan mendengar rintihan rakyatnya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...