Isteri kepada penyanyi Virgoun yang popular dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla mendedahkan bahawa suaminya itu telah berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun yang lalu.
Isteri Virgoun, Inara memberitahu bahawa suaminya itu pernah melanggan beberapa wanita bagi mendapatkan khidmat seks.
Inara juga mendedahkan perbuatan curang itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya kelmarin.
Antaranya, perbualan Virgoun bersama wanita disyaki perosak rumah tangga mereka dan juga perbelanjaan ketika keluar berlaku curang di belakangnya.
Malah, Virgoun pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu namun tetap juga melanggar sumpah yang telah dibuat.
Lebih mengejutkan, Virgoun pernah meminta Inara untuk melakukan hubungan intim pada siang hari di bulan Ramadan selain meminta wanita itu untuk mengambil ubat kurus dan membuka purdah yang dipakainya selama ini.
Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa, kemana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami.
Sekadar info, Inara dan Virgoun telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.