Lancarkan Hashtag #PulangMengundi, Inisiatif Netizen Malaysia Dipuji

Trending

Lancarkan Hashtag #PulangMengundi, Inisiatif Netizen Malaysia Dipuji

Selepas tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 diumumkan pada 9 Mei 2018 dan jatuh pada hari Rabu, ramai yang kecoh mengenai pemilihan tarikh tersebut.

Tarikh pengundian awal pula pada 5 Mei, sementara tempoh berkempen ialah 11 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 8 Mei 2018.

Advertisement

SPR turut menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan pada 11 April.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung pembubaran Dewan Rakyat pada 7 April.

Diikuti oleh pemakluman rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat berhubung pembubaran tersebut serta Speaker-speaker Dun bagi Dun-dun semua negeri.

Katanya, seramai 14,940,624 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan sehingga suku keempat 2017.

Daripada jumlah tersebut, 14,637,716 orang merupakan pemilih biasa, 300,255 orang pemilih awal (tentera dan pasangan/polis) dan 3,653 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Susulan dari pengumuman tarikh pengundian ini, satu hashtag telah mula trending di Twitter dan Facebook iaitu #PulangMengundi.

Ramai netizen mengambil inisiatif untuk menanggung kos perjalanan pergi balik bagi mereka yang memerlukan terutamanya golongan pelajar yang layak mengundi.

Malah ada juga sebahagian netizen yang menawarkan untuk ‘car-pool’ bagi mereka yang memerlukan dan mereka hanya perlu berkongsi bayaran minyak sahaja. Satu inisiatif yang sangat bagus dari netizen kita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...