Meskipun baru berusia 6 tahun, anak kepada pelakon Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana dilihat fasih membaca beberapa potong ayat Al-Quran.
Video pendek berdurasi 10 saat itu telah dikongsikan Rozita menerusi akaun Instagram anak perempuannya itu untuk tatapan peminat.
Aaisyah yang sedang mengaji surah An-Nasr itu telah mendapat perhatian peminat yang mengikuti perkembangan si cilik itu dan ramai tampil memberikan respon positif terhadap video tersebut.
View this post on Instagram
Ada di antara netizen yang mendoakan si comel itu agar menjadi anak solehah kepada ibu-bapanya dan ramai juga yang memuji kelancaran Aaisyah membaca ayat Al-Quran.
Jika sebelum ini ramai yang mengkritik cara Rozita mendidik anak perempua tunggalnya itu, dia telahpun tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut dan menganggap Aaisyah bukanlah sebuah anak patung yang hanya perlu belajar setiap masa tanpa bermain dan menikmati zaman kanak-kanaknya sebagai respon kepada kritikan peminat.