Lancar Aplikasi TheNoor Setelah Enam Bulan Kerja Keras, Neelofa Akui Pengalaman Rakam Suara Tafsir Momen Luar Biasa

Hiburan

Lancar Aplikasi TheNoor Setelah Enam Bulan Kerja Keras, Neelofa Akui Pengalaman Rakam Suara Tafsir Momen Luar Biasa

Personaliti TV dan juga usahawan terkenal, Neelofa,32, kini melebarkan sayap perniagaan apabila dia mula meneroka bidang pembangunan digital sebagai sebuah cabang bisnes terbaru untuk dipelopori.

NeelofaSumber : Instagram Neelofa  

Terbaru, Neelofa telah melancarkan aplikasi memfokuskan gaya hidup islamik yang diberi nama TheNoor menerusi syarikatnya, Noor Luminous Sdn. Bhd.

Advertisement

Difahamkan, TheNoor merupakan sebuah aplikasi yang lengkap dengan pelbagai ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi masjid berdekatan serta fungsi tafsir Al-Quran dalam lima bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.

Neelofa yang ditemui media turut mengulas sedikit sebanyak mengenai pengenalan aplikasi ini kepada masyarakat di luar khususnya yang beragama Islam di luar sana.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Selain menggalakkan orang ramai untuk lebih celik IT, pembangunan aplikasi TheNoor yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menari untuk kaum muslimin ini juga dapat menjadi ‘pembantu’ maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan lebih mudah dan cepat.”

Katanya lagi, pihak pengurusan aplikasi tersebut turut merancang untuk menambah bahasa-bahasa lain untuk bahagian tafsir Al-Quran seperti bahasa Urdu, Turki, Perancis, Sepanyol dan Hindi pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa turut berkongsikan pengalamannya ketika menjalani sesi rakaman membaca ayat suci Al-Quran untuk dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Akui bekas pengacara program TV meleTop ini, dia berasa sebak sehingga mengalirkan air mata ketika sesi rakaman itu berlangsung.

“Pengalaman merakamkan suara untuk bacaan tafsir ini meninggalkan momen yang luar biasa bagi diri saya. Bayangkan saya membaca dan melontarkan suara bacaan ayat suci Al-Quran yang penuh makna dalam studio seorang diri.Ada suatu ketika saya tersentu ayat-ayat suci tersebut dan mengundang rasa sebak sehingga menitiskan air mata.”

Selain Neelofa, Syarikat Noor Luminous Sdn. Bhd. turut diterajui oleh Pengerusi Eksekutif, Ahmad Tajudin Idris dan Ketua Pegawai Teknologi, Mohd Izzari Yamin. Aplikasi TheNoor kini sudah boleh dimuatnaik menerusi platform muat turut aplikasi telefon bimbit masing-masing, iaitu AppStore dan Google Play.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...