Lana Nodin dan suaminya mengakui baru-baru ini bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 4 kg di sebuah hospital swasta Januari lepas yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie.
Berita kelahiran itu bagaimanapun dirahsiakan olehnya dan hanya diketahui apabila seorang pengikut Instagram Lana dari Singapura mengucapkan tahniah kepadanya kerana terserempak dengan Lana, suami dan anaknya.
Menurut Lana melalui Harian Metro, dia akur permintaan suaminya yang mahu kelahiran Gia tidak dihebahkan.
Budaya di sini dan di negara luar sangat berbeza apabila membabitkan soal kelahiran anak. Suami cuba mengelak supaya Gia tidak terlalu diberikan perhatian, terutama dalam tempoh berpantang. Sebagai isteri saya akur.
Lana memberitahu David tidak mahu perhatian dan paparan kepada umum memberi kesan buruk kepada anaknya itu. Berita kelahiran anak itu menjadi viral kerana perkara itu tidak disedari oleh sesiapa.
Sebelum ini, ada beberapa teman rapat mengetahui kelahiran Gia, tetapi atas kehendak David, mereka menghormatinya dan tidak dihebohkan.
Bagaimanapun, isu itu dilaporkan dan tidak boleh dielakkan. Sebagai selebriti pasti ke mana saya pergi orang tahu. Terima kasih atas ucapan tahniah yang diberikan di laman sosial saya. Kami sekeluarga amat menghargainya.
Lana juga merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul untuk anaknya itu dan sebelum ini bercadang untuk memperkenalkan Gia kepada rakan media waktu itu.
Rancangan kami mahu menjemput beberapa rakan media yang rapat untuk bertemu Gia pada majlis yang sedang dirancang itu. Tidak sangka pula berita kelahiran Gia diketahui lebih awal. Saya mohon pelbagai pihak mendoakan Gia dan kesejahteraan kami sekeluarga.
David akan membawa Lana dan Gia pulang ke Amerika Syarikat selepas kenduri kesyukuran tersebut untuk mempertemukan isteri dan anaknya itu kepada keluarganya di sana.
Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato†pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016