Tahniah diucapkan kepada Lana Nodin dan David Mckienzie kerana telah pun selamat dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada pertengahan Januari 2016. Setelah beberapa peminat bertemu dengannya ketika percutian di Singapura baru-baru ini dan melihat Lana bersama anaknya, pelakon itu telah tampil memberi penjelasan tentang kelahiran anak sulungnya. Buat masa ini, Lana Nodin belum bercadang berkongsi wajah anaknya yang diberi nama Qia Quinn Mckienzie itu.
Gia telah selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta terkemuka Kuala Lumpur dengan berat 4 kilogram. Menurut Lana, akan tiba masanya kelak dirinya akan berkongsi wajah comel Gia. Kata Lana:-
Lagipun tidak ada yang bertanya. Dalam waktu sama lepas berpantang, saya dan Gia harus mengikut suami yang bekerja di luar negara.
Semoga Gia Quinn membesar dengan sihat sejahtera dan menjadi seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya kelak. Tahniah Lana dan David. Selamat berjaga malam diucapkan. Sumber Harian Metro.