Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lana Nodin Mahu Anaknya Dapat Didikan Agama Yang Baik

Ibu mana yang tidak mahu memberikan yang terbaik dan mahu anak mereka membesar menjadi seorang insan yang berguna? Begitulah juga dengan pelakon Lana Nodin, beliau ingin memastikan puteri sulungnya, Gia Quinn McKienzie mendapat didikan agama yang sewajarnya dan memastikan bahawa anaknya itu akan dihantar ke sekolah agama.

Advertisement

Sebagai ibu, saya mahu anak saya mempunyai asas pendidikan agama. Selain ke sekolah biasa, saya akan pastikan Gia ke sekolah agama bagi mendapatkan pendidikan formal ajaran Islam. Pastinya setiap ibu bapa mahukan anak mereka membesar menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa.

Berbicara mengenai kehidupan mereka sekeluarga, Lana memberitahu beliau dan Gia yang kini dibesarkan di Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang masalah menjelajah ke beberapa negara lain termasuk berulang-alik antara Malaysia dan Amerika Syarikat kerana mengikuti jadual suaminya yang merupakan seorang pemain dan jurulatih bola tampar.

Lana dan Daud McKienzie mendirikan rumah tangga pada Mei 2015 dan Gia dilahirkan pada bulan Januari tahun lalu.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top