Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa syukur dan terharu apabila suaminya, David McKienzie sudah terbuka hati untuk mendalami ilmu agama selepas beberapa tahun memeluk agama Islam.
Lana berkongsi foto perbualan suaminya yang merencana untuk membaca Al-Quran dan solat dengan lebih baik.
Netizen yang membaca luahan Lana juga mendoakan agar David terus beristiqamah dan segala perancangan untuk beliau menjadi seorang Muslim yang baik dipermudahkan.
Alhamdullillah, satu berita yang agak baik bukan? Kami di BeautifulNara juga mendoakan kesejahteraan keluarga Lana. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.