Lana Nodin Ditipu Syarikat Tekstil, Dedah Wajah Pasangan Suami Isteri ‘Scammer’ – “Rupanya Dah Bertahun Menipu Orang”

Hiburan

Lana Nodin Ditipu Syarikat Tekstil, Dedah Wajah Pasangan Suami Isteri ‘Scammer’ – “Rupanya Dah Bertahun Menipu Orang”

Pelakon Lana Nodin tampil mendedahkan wajangan pasangan scammer yang melakukan penipuan sebuah syarikat tekstil di mana dia ditipu dalam urusan tempahan tudung.

Menerusi Instagram, aktres itu meluahkan rasa berang dan tidak menyangka dia juga tertipu dengan pasangan sama yang menipu penyanyi dan pelakon Abby Abadi sebelum ini.

Advertisement

Ni muka laki bini penipu scammer besar dulu Abby Abadi terkena, rupa-rupanya dengan aku sekali kena tipu.

Lana Nodin

Tulis Lana, dia telah membuat bayaran pada Januari lalu namun sehingga hari ini tudung yang ditempahnya masih belum diterima pihaknya.

Sampai sekarang tudung tinggal janji. Rupa-rupanya ini modus operandi diorang. Ambik duit deposit lepas janji tudung siap design bagai, last-last sampai 10 bulan barang tak sampai-sampai.

scammer tudung

ditipu scammer tudung

Lana menyebarkan wajah pasangan tersebut agar orang lain tidak termakan umpan dan turut tertipu dengan modus operansi mereka.

Dalam pada itu, dia turut meminta bantuan sesiapa yang mempunyai maklumat pasangan tersebut untuk berkongsi dengannya agar tindakan lanjut dapat dilakukan.

Jangan sampai korang semua termakan cara penipuan mereka ni. Laki pun sama makan duit haram lepas tu bagi anak-anak hidup duit haram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lana Nodin (@lananodinmckienzie)

Menjengah ruangan komen, nampaknya ramai juga yang sudah terkena dengan pasangan yang sama dengan modus operandi yang sama.

Seorang wanita berkongsi dirinya kerugian RM30,000 dan sehingga kini tidak dapat menjumpai pasangan tersebut selepas mesej tidak dibalas dan nombornya disekat.

scammer nak saman Abby Abadi
2025-07-14 15:35:16

Abby Abadi Terima LOD, 'Scammer' Mahu Saman Atas Alasan Sebar Fitnah - "Tipu Apanya? Dah Tentu Saya Ada Bukti.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...