Written by Bella | December 4th, 2017

Minggu lalu, kejadian pergaduhan besar antara selebriti tempatan Lana Nodin dan penyanyi era 80 an Norshila Amin di sebuah ekspo di Singapura cukup hangat diperkatakan. Mana tidaknya, Shila dikatakan mengamuk besar sehingga bertindak menendang sebuah troli di ekspo tersebut dan turut berlakunya pertelingkahan secara lisan juga dengan Lana.

Ingin menjelaskan perkara sebenar, Lana berkata pergaduhan itu berlaku kerana salah faham. Shila menganggap Lana menjaja cerita dan membabitkannya dengan penipuan duit beberapa selebriti yang menyertai bazar di Brunei sebelum ini. Berang dengan tindakan Lana, Shila menunjukkan reaksi kurang senang terhadap beliau termasuk menyindir Lana ketika sama-sama berniaga di Singapura.

Saya tidak mahu campur tangan walaupun bersimpati kerana ia mengaitkan pihak penganjur. Lagipun, penganjur banyak membantu saya dan selebriti lain yang sebelum ini terlebih dulu berniaga di sana. Bagaimanapun, saya tidak faham waktu itu dia sudah menunjukkan rasa kurang senangnya terhadap saya. Sesekali dia menyindir dan turut menjeling.

Saya cuba tidak mempedulikan dia dan pada awalnya keadaan masih terkawal. Namun, dia mula bertindak melampau apabila saya meninggalkan gerai. Setiap kali lalu di hadapan gerai saya, dia akan menyumpah dan ada beberapa kali juga dia menendang troli yang ada berhampiran gerai saya. Mungkin dia ingatkan yang menjaga gerai saya itu adalah pekerja dan dia tidak tahu sebenarnya gadis terbabit itu adalah anak saudara saya. Sudah tentu apabila dia bertindak demikian, anak buah saya akan mengadu dan menceritakan apa yang berlaku.

Lana memberitahu beliau mempunyai bukti bahawa bukan beliau yang membawa mulut menceritakan hal tersebut. Malah, pihak penganjur di Brunei juga sudah bersedia untuk menjadi saksi bagi menjelaskan masalah serta pergaduhan yang ditimbulkan oleh Shila sendiri.

Difahamkan, Shila bakal mengadakan satu sidang media hari ini untuk menjelaskan setiap situasi yang berlaku antara beliau dan Lana. Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada Shila pula.

Sumber Berita : Harian Metro

11 responses to Lana Nodin Dakwa Norshila Amin Punca Pergaduhan Di Sebuah Ekspo Di Singapura

  1. minah jambu say NO to drugs says:

    tk padan shila amin tudung ni prangai jahat ! tak mungkin lana yg start dulu..mentang2 lah badan shila macm giant badan lana tu comel nak buli aje ..minah jambu pon banyak heran lah asek2 pompan bertudung aje yg buat hal jahat nak mampos…!

    11

    7
    • Anonymous says:

      Jgn slhkan tudung. Salahkan attitude dia. Nora Danish & Fasha sanda pun penah bergaduh tarik rambut. So do Fazura. So bkn salah tudung tp attitude yg x reti nak sabar. Memalukan.

      28

      -1
      • Anonymous says:

        sebab tudung …darah x berjalan kat otak secara sistematik. sebab tu stress. org arab bertudung/ berpurdah sebab ribut pasir…

        1

        36
        • Anonymous says:

          ko dapat kajian saintifik mana ni kak oiii???darah xberjalan ke otak?ni mesti kes zaman sekolah dulu xlepas nk amik biology, tu yg kelaut tu…pleaselaaa,kalau xde ilmu,jgan ckap mcm ko ni bagus sangat adoiii!!!!

          18

          0
      • TIpah says:

        tak perlu petik nama org lain.. itu AIB.. klu berani kenapa taknak letak nama sendiri makcik anon???.. Simpan sikit bodo tu

        2

        0
        • Anonymous says:

          hotak kau aib. dorg sndr yg bergaduh, nk tuduh org lain yg bukak aib. nk terasa sgt tu kenapa? ko pun penah gaduh tarik rambut ke?

          0

          0
  2. makmawar says:

    dah tuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak sedaq diri lagiiiiiiiiiiiiii hmmmm berlapang dada lah tok shila ouiiiiiiiiiiiiii makan banyak rempah dadidu kahhh…..hahahahhahahhahhahahhah

    7

    0
  3. Ibu says:

    Dia dulu2 pun ada attitude problem & pernah timbul masalah berbisnes dgn org2 biasa, sort of ambil kesempatan & bisnes pun tak kesampaian

    7

    0
  4. Lala says:

    Omgggg kak sheila? Tgk dia ok je..
    Lana ni dulu kan pernah gado dgn orang jgk kan??

    1

    7
  5. Shamsiah Junuh says:

    tapi akak shila suci wal islamiyyah kan pakai tudung?? xkan la dia berperangai kimak? mesti lana yang start ni sebab dia seksi..perempuan katup aurat sangat suci perangainya..korang agak2 la nk menuduh..#senyumsinis

    6

    3
  6. Kedondong says:

    Salah faham…rambu ba rambu ramba….

    1

    0

Leave a Comment

Optional