Pelakon seksi dan tidak lekang daripada kontroversi percintaan, Lana Nodin akhirnya bakal menamatkan zaman solo dengan seorang jejaka Barat, David Mckienzie pada tanggal 15 Mei depan.
Lana mula berkenalan dengan David yang merupakan seorang atlet apabila aktres itu menghadiri sebuah acara sukan di Singapura. Melihat pada kesungguhan David beliau mula membuka hati untuk mengenalinya dengan lebih dalam lagi.
Saya mengenali David di Singapura ketika dia menyertai sebuah acara sukan di sana. Dua hari berkenalan, David terus menghubungi saya dan memberitahu keinginannya untuk berkawan lebih rapat.
Masa itu saya terus beritahu kepada David saya mahu mencari teman serius dan dia telah buktikan.
Jelas Lana lagi, lelaki yang mempunyai darah kacukan Irish dan Filipina itu sering bersifat  jujur, tidak meminum arak dan menepati ciri-ciri yang memikat dirinya.
Sebenarnya David ni seorang lelaki yang jujur, berterus-terang dan lurus bendul. Lebih menarik tentang dia, walaupun dia seorang lelaki Inggeris dia tidak merokok dan minum arak. Itu antara ciri pada diri dia yang memikat saya.
David juga memiliki ciri-ciri lelaki Asia kerana ibunya berbangsa Fillipina dan yang paling menyenangkan David sudah biasa dengan makanan Asia.
Tidak kisahlah jika bakal suami Lana Nodin orang Melayu ataupun tidak, apa yang penting selepas ini anda berdua harus menjaga rumah tangga yang bakal dibina dengan baik. Lagipun, tidak sukar untuk suami beliau menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat di Asia kan? Tahniah kepada Lana dan David. Jangan lupa jemput kami. Hehe