Siapa yang tidak kenal dengan aktres penuh dengan kontroversi dan terkenal dengan imej seksinya Lana Nodin. Pernah menjadi tumpuan media sewaktu bercinta dengan aktor Johan As’ari hanya selepas tiga hari berkenalan dan kemudiannya putus beliau tidak lama sahaja lagi bakal menamatkan zaman bujang.
Lana Nodin akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur bagi mengumumkan perkahwinan pada hari Rabu depan. Pasti ramai tertanya-tanya bilakah tarikh perkahwinan dan siapakah jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati Pamela Anderson Malaysia ini.
Aktres ini juga turut digelar Pamela Anderson Malaysia dan pernah bercinta dengan jejaka Barat serta VIP. Sememangnya Lana Nodin mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan sudah sampai usia yang sepatutnya untuk mendirikan rumahtangga. Berdasarkan informasi, tarikh majlis perkahwinan yang dirancang ialah pada Mei tahun ini.
Wah, betul ke Lana Nodin hendak berkahwin? Baguslah, selepas ini tiada lagi gosip atau kontroversi panas kan. Kata orang, tak perlu bercinta lama-lama. Lepas ini, kena lah jaga imej kan supaya ia lebih baik. Nantikan siapakah jejaka yang berjaya mencuri hati Lana nanti.