“Lampu Padam & Tiada Lagi Pergerakan Pelajar Lepas Jam 11.30 Malam” – Warden Baru MRSM

Berita

“Lampu Padam & Tiada Lagi Pergerakan Pelajar Lepas Jam 11.30 Malam” – Warden Baru MRSM

Melalui laporan Harian Metro, empat veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditugaskan untuk menjadi warden asrama Maktab Rendah Sains (MRSM) Besut akan melaksanakan prinsip ‘kebijaksaan dalam ketegasan’ yang diterapkan oleh tentera.

Warden MRSM baru guna banyak karakter, anggap pelajar macam anak sendiri

Empat veteran ATM yang dipilih ialah pegawai Waran (PW) II, Sarjan Mejar Skuadron (B) Azman Zahari dari Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan; Flait Sarjan (B) Kamarul Azron Che Kamaruddin dari Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut; Sarjan (B) Rohaniza Wahab, dari Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan dan Bintara Kanan TNL (B) Rohayah Mohamed, dari KD Pelandok, Lumut, Perak.

Advertisement

Difahamkan, tugasan mereka bermula jam 10 malam hingga 7 pagi dalam tempoh itu dan beberapa aktiviti dilaksanakan sebagai langkah menerapkan disiplin pelajar.

Kita kena berada dalam banyak karakter kerana semuanya seperti anak kita. Ada masa kita perlu tegas, ada masa kita perlu berlembut. Tidak perlu guna kekerasan melampau, sebaliknya tegas secara halus, dan automatik mereka akan malu, segan serta menghormati kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita Harian (@beritaharian)

Tiada lagi pergerakan pelajar selepas jam 11.30 malam

Menurut Kamarul Azron, selepas seminggu menjadi warden MRSM Besut, dia dapat lihat berlakunya peningkatan dalam disiplin pelajar.

Melalui perkongsian guru dan pegawai keselamatan, sebelum ini masih ada pergerakan pelajar di asrama selepas jam 11.30 malam sedangkan mereka sepatutnya tidur, manakala lampu bilik dipadamkan.

Namun, selepas masuknya warden baru, bermula jam 10 malam, taklimat diberi selepas solat isyak dan sebelum pulang ke asrama, pemeriksaan akan dilakukan bagi memastikan 600 pelajar cukup sebelum dibenar ke asrama jam 11 malam.

ibu bapa pelajar dibuang MRSM mahu saman Asyraf Wajdi
2025-08-09 17:25:39

Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Kerana Kes Buli Mahu Saman, Dr Asyraf Wajdi Respon - "Bring It On"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...