Sebuah kenderaan ‘supercar’ Lamborghini, dilaporkan terbakar di tempat letak kereta di Pavilion Residences, Bukit Bintang dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi semalam
Punca kebakaran masih belum diketahui setakat ini.
Menurut Pengarah Operasi, Mohd Rozi Jusoh, 14 anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian bersama dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pudu dengan bantuan BBP Jalan Tun Razak.
“Kami mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan api.”
Dia turut menambah bahawa unit forensik sedang menjalankan siasatan mengenai punca kebakaran.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang telah memusnahkan sekurang-kurangnya 40 peratus bahagian kereta mewah itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.