Kehadiran virus COVID-19 sangat memberi kesan yang buruk kepada negara di seluruh dunia. Selain menjejaskan kesihatan seseorang, virus ini turut menjejaskan sektor pelancongan dan sektor yang berkaitan akibat pelbagai sekatan telah dijalankan sekaligus menggoncang ekonomi negara.
Selain itu, pelbagai masalah lain turut timbul akibat perubahan permintaan yang tinggi terhadap sesetengah barang yang berfungsi untuk mencegah virus tersebut seperti face mask dan hand sanitizer kerana sering habis di pasaran.
Melihat kepada penularan wabak COVID-19 di Itali yang semakin teruk, syarikat automotif terkenal iaitu Lamborghini sudi menghulurkan bantuannya kepada negara tersebut dengan menghasilkan face mask dan pelindung muka dalam usaha menangani wabak COVID-19.
Face mask yang dihasilkan di ruangan yang sama Lamborghini Aventador Super Veloce Jotas dan Lamborghini Huracan dihasilkan.
Sudah pasti face mask yang dihasilkan sangat berkualiti.
Walau ramai yang mengatakan bahawa face mask dan pelindung muka yang dihasilkan ini dijangka akan laris dijual kerana jenamanya yang dikenali ramai, tetapi Lamborghini tidak berminat sama sekali untuk menjualnya.
Sungguh mengujakan kerana Lamborghini sebelum ini hanya menghasilkan kereta.
Difahamkan semua face mask yang dihasilkan ini akan disalurkan terus ke hospital di Bologna, Itali.
Baca: Pereka Fesyen Ternama, Datuk Radzuan Radziwill Bantu Hasilkan PPE Untuk ‘Frontliners’