Tular di media sosial Threads terutamanya mengenai isu melibatkan pihak atasan restoran burger terkenal, myBurgerLab yang didakwa menulis kenyataan berbaur ekstremis di laman X.
COO rangkaian restoran itu, Andrew Ching dilaporkan meninggalkan komen di satu hantaran BFM News yang menulis mengenai tindakan saman dan juga penjara dikenakan buat mereka yang meninggalkan Solat Jumaat di Terengganu.
Wow, lambat lain Malaysia akan diambil alih oleh extremis, bakal menjadi negara Iran selepas revolusi. Apa yang anda lihat kini, dan ia perlu ditakuti ramai.
Kenyataan itu kemudiannya mengundang amarah warga maya dan kritikan yang hebat.
Netizen kemudian mencari siapakah Andrew dan mengenal pasti jawatannya di pemilikan restoran myBurgerLab dan menggesa agar orang ramai memboikot restoran tersebut.
Sehubungan itu, menerusi satu kenyataan rasmi myBurgerLab, Andrew dilaporkan sudah ditamatkan jawatan pada hari ini.
Pihak pengurusan restoran itu juga memohon maaf di atas keterlanjuran itu dan akan mengkaji polisi syarikat bagi mengelakkan isu sensitif seperti yang terjadi baru-baru ini tidak berulang lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.