Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Lambat Lagi Kot..” Shuk Sahar Tak Sedia Nak Madukan Isteri

Shuk Sahar

Pelawak dan personaliti TV, Shuk Sahar memberitahu media bahawa dia masih belum terfikir untuk mempunyai dua isteri meskipun telah mendapat ‘lampu hijau’ daripada isterinya, Rossalenna Natassyiah Asshaferah.

Ujar Shuk, dia memahami konteks ayat yang diberikan isterinya itu bukanlah bermakna membolehkan dia berkahwin dua dengan segera tetapi pernyataan tersebut adalah untuk masa akan datang agar tidak lagi berlaku benda-benda tidak elok seperti sebelum ini.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Jelasnya lagi, dia juga tidak terfikir untuk berkahwin lagi kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni dan juga perniagaan.

BACA: “Kena Tahu Dia Betul Izin Atau Macam Mana, Kena Tahu Konteks” – Shuk Sahar Respon Isteri Setuju Bermadu

View this post on Instagram

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

“Lambat lagi kot. Terus terang rasanya buat sementara ini saya sendiri tak terfikir pun sebab lebih beri tumpuan pada kerja. Nak cari kerja pun tak berapa ada sekarang dalam pandemik begini. Saya masih belum lagi berada dalam keadaan yang stabil untuk berkahwin dua.”

Terdahulu, kecoh seketika di media sosial apabila isteri kepada pengacara program nyanyian I Can See Your Voice Malaysia itu dilihat memuat naik beberapa hantaran status di Instagram sehingga menimbulkan spekulasi mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. tecit

    July 13, 2021 at 11:03 am

    AKU MENYAMPAH DGN AYAT DIE LAMBAT LAGI TU EH BANGANGNYEE. XLEH KE JUST CKP XMUNGKIN SY KAWEN LAGI SY TOBAT NASOHAA. AT LEAST NK BG KTORG NI SEJUK HATI. TUNJUK LA TANDA PENYESALAN WALAU SEDIKIT PON.. INI BILE CKP GITU MCM DAH ADE NIAT DAH KESITU, TP KENE TANGGUH DULU SEBAB NK JAGE HATI ISTERI. BANGANGGGGGGGGG ABADIIIIII

  2. Anonymous

    July 13, 2021 at 6:34 am

    Ne lah satu2 nya laki2 yg perasan diri nya hot.. hoooo hooo.. liat ceramin pls.. bilak2 sikit mua tu.

  3. Anonymous

    July 12, 2021 at 12:22 pm

    maknanya kalo da kaya..ko nk jgk la kawen 2 kan..miangg

  4. cdf

    July 12, 2021 at 11:54 am

    ckp je laa taknak.. kan sng

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top