Pelawak dan personaliti TV, Shuk Sahar memberitahu media bahawa dia masih belum terfikir untuk mempunyai dua isteri meskipun telah mendapat ‘lampu hijau’ daripada isterinya, Rossalenna Natassyiah Asshaferah.
Ujar Shuk, dia memahami konteks ayat yang diberikan isterinya itu bukanlah bermakna membolehkan dia berkahwin dua dengan segera tetapi pernyataan tersebut adalah untuk masa akan datang agar tidak lagi berlaku benda-benda tidak elok seperti sebelum ini.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, dia juga tidak terfikir untuk berkahwin lagi kerana ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni dan juga perniagaan.
View this post on Instagram
“Lambat lagi kot. Terus terang rasanya buat sementara ini saya sendiri tak terfikir pun sebab lebih beri tumpuan pada kerja. Nak cari kerja pun tak berapa ada sekarang dalam pandemik begini. Saya masih belum lagi berada dalam keadaan yang stabil untuk berkahwin dua.”
Terdahulu, kecoh seketika di media sosial apabila isteri kepada pengacara program nyanyian I Can See Your Voice Malaysia itu dilihat memuat naik beberapa hantaran status di Instagram sehingga menimbulkan spekulasi mengenai kemelut rumah tangga mereka.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.