Tular sejak hujung minggu lalu mengenai seorang lelaki yang bekerja di sebuah Restoran Cina Muslim didapati memakai rantai salib ketika bertugas.
Ia kemudiannya menjadi perbualan netizen yang kebanyakannya mula ragu-ragu dengan restoran tersebut kerana didakwa menyediakan makanan tidak mengikut syariat Islam.
Gara-gara kekecohan itu, pihak restoran tersebut telah memecat pekerja tersebut kerana telah ‘menyentuh’ sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Namun begitu, ramai juga yang berasa tidak puas hati mengenai berita pemecatan itu kerana dianggap terlalu melulu setelah ia ditularkan seorang individu.
‘Kami mohon maaf…dia sudah diberhentikan’#BHnasional Tular video pekerja sebuah restoran Cina Muslim di Bukit Bintang memakai rantai salibhttps://t.co/Y8AIKKWclh
— Berita Harian (@bharianmy) November 19, 2023
Puas lah hati buat orang hilang kerja. Sekarang dah lah susah nak dapat kerja. Harap lelaki itu dapat heret individu ke mahkamah.
Kata netizen lagi, orang bukan muslim dibenarkan untuk bekerja di restoran makanan halal asalkan tidak terlibat dalam penyembelihan ayam dan daging seumpamanya.
Takkan seorang yang bukan beragama Islam tak boleh nak kerja kat restoran halal kot? yang tukang viral tu puas lah kan? Disebabkan perangai bodoh kau, seorang individu hilang kerja.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah restorang roti daging popular yang terletak di Bukit Bintang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.