Sedia maklum, sebelum ini, kecoh di laman media sosial mengenai isu penyampai radio Era FM bersikap tidak sensitif selepas menjadikan laungan Vel! Vel! iaitu upacara agama Hindu sebagai bahan jenaka.
Perbuatan yang ditunjukkan telah menarik perhatian orang ramai, khususnya untuk penganut Hindu yang merasakan ketiga-tiga penyampai radio itu seolah-olah mempersendakan agama mereka.
Apakah maksud disebalik Vel! Vel!?
Untuk info ramai, penganut Hindu percaya laungan Vel! Vel bukan sekadar laungan tetapi ia melambangkan penghormatan kepada Dewa Murungan untuk memperingati kejayaannya menghapuskan kejahatan.
Bahkan, Vel! Vel! juga bermaksud kemenangan, jadinya, tarian yang dilakukan pula adalah tarian Kavadi yang biasanya dibuat untuk upacara suci.
Laungan dan tarian ini merupakan satu upacara yang wajib dilakukan ketika perayaan Thaipusam yang diraikan oleh penganut Hindu di Malaysia.
Kisah disebalik Vel! Vel!
Dari kisah purba mengenai makhluk jahat yang digelar golongan Asura bernama Surapadma yang berperang dengan para dewa, wujudnya perayaan Thaipusam susulan para dewa berjaya mengalahkan makhluk jahat tersebut.
Bahkan, laungan Vel! Vel! sewaktu Thaipusam turut mahu memperingati kejayaan Dewa Murugan kerana berjaya menghapuskan kejahatan dan sebab itu juga, Vel! Vel! dikenali sebagai lembing kemenangan.
Difahamkan, setiap kali perayaan Thaipusam, penganut Hindu akan berarak sempena memperingati peristiwa penyerahan Vel oleh Parvathi kepada Murugan dari Kuil Mariamman ke kuil Murugan.