Lambakan Papan Iklan Sepanjang Lebuhraya PLUS Rupanya Tidak Berlesen, Mengundang Bahaya Kepada Orang Awam

Berita

Lambakan Papan Iklan Sepanjang Lebuhraya PLUS Rupanya Tidak Berlesen, Mengundang Bahaya Kepada Orang Awam

Jika anda melalui mana-mana laluan lebuh raya utama di seluruh negara, pastinya sudah maklum dengan kewujudan pelbagai papan iklan produk yang dipasang di tepi jalan.

Namun, terdapat kisah lain di sebalik berdirinya papan ‘billboard’ tersebut kerana kebanyakannya tidak mempunyai lesen atau permit sah daripada pihak berkuasa tempatan untuk memaparkan iklan di situ.

Advertisement

 

Papan Tanda Haram

 

Lapor Utusan Malaysia, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengambil tindakan drastik apabila pihak mereka telah membuat Operasi Menampal Notis Iklan tidak berlesen di papan tanda di tepi lebuh raya PLUS yang didapati tidak mempunyai permit.

Maklum Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta syarikat-syarikat yang meletakkan iklan mereka di papan iklan di sepanjang lebuh raya lebih bertanggungjawab dan memastikan syarikat pengiklanan dilantik mempunyai lesen daripada PBT untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa papan iklan haram yang dipasang kebanyakan tidak menepati standard spesifikasi dan sekaligus mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya.

 

Papan Tanda Haram

 

Selain tidak mendapat kebenaran daripada pihak PBT, pemasangan struktur binaan iklan tersebut juga tidak membayar cukai taksiran selain tidak mendapatkan permit iklan.

Kebanyakan papan-papan tanda yang dipasang juga didapati telah menceroboh tanah berhampiran laluan lebuh raya sehingga menimbulkan isu dan masalah kepada pemilik tanah di kemudian hari.

“Setakat ini kita tampal notis dan pengiklan ini akan dihubungi untuk menyertai bengkel bagi memudah cara pengiklanan. Jika struktur tidak selamat, akan dirobohkan. Tetapi kalau selamat, tuan tanah akan dapat hasil, PBT dapat hasil, pengiklan juga dapat hasil. Namun, ia juga mesti mematuhi kriteria pengiklanan yang dibenarkan.” katanya lagi.

PM umum tiada PKP lagi
3 years ago

"Spekulasi Sekatan Jalan Raya Semasa Aidilfitri Tak Benar" - Ismail Sabri Jamin PKP Tak Dilaksanakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...