Nampaknya lamaran yang dilakukan oleh Hairul Azreen kepada kekasihnya, Hanis Zalikha telah mendapat liputan yang meluas. Pelbagai reaksi yang diterima. Malah kalau anda membaca suratkhabar 2,3 hari ini, kebanyakkan melahirkan rasa kurang senang terhadap gimik yang dilakukan. Terbaru, seorang pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat melahirkan pendapat yang lamaran tersebut boleh memesongkan akidah serta bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu.
Selain itu, pakar motivasi itu juga berpendapat lamaran tersebut boleh menjatuhkan maruah Hanis Zalikha sekiranya hubungan mereka berdua terputus di tengah jalan. Kata Zulkefli Hamat:-
Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.
Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah.
Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.
Kalau dalam agama Islam… seseorang itu perlu melakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu.
Saya takut perkara ini akan disalah anggap oleh penganut agama lain yang beranggapan cara perkahwinan Islam sama dengan cara agama mereka.
Saya lihat ramai selebriti yang menjadikan lamaran seperti ini sebagai trend dan masyarakat pula menganggap ia sebagai sesuatu yang baik.
Namun begitu, ia seharusnya dilakukan dengan landasan dan cara yang betul agar menjadi contoh kepada masyarakat.
Fuh~~ Tak adalah pula Abang Nara terfikir yang lamaran sebegini boleh sampai ke tahap memesongkan akidah. Hebat sangat impaknya itu. Nampak gayanya Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kena cepat-cepat bernikah untuk menutup mulut orang ramai. Apa pula pendapat anda? Sumber Mstar Online.