Laman Web Ini Bantu Anda Menempah Penerbangan Murah!

Travel

Laman Web Ini Bantu Anda Menempah Penerbangan Murah!

“Cuti tahunan banyak lagi, rasa nak plan pergi bercuti lah. Tapi dekat mana nak tempah tiket ‘flight’ yang murah-murah? Ada ke laman webnya?”

Advertisement

Jawapannya mestilah ada!

Tahu tak, waktu terbaik untuk tempah penerbangan ialah 3 bulan sebelum tarikh berlepas?  Biasanya pada waktu ini harga tiket kapal terbang jauh lebih murah bebanding beli di saat akhir. Kerana jika beli di saat akhir, kemungkinan kebanyakkan ‘seat’ sudah penuh dan tempahan penerbangan pada saat-saat akhir akan menjadi sangat mahal!

Jadi kami sediakan beberapa laman web untuk menempah penerbangan untuk percutian idaman anda dengan harga yang berbaloi.

Skyscanner

Percuma

Boleh didapati untuk Android, iOS, Windows, Kindle and, BlackBerry

Boleh diakses menggunakan lebih dari 30 bahasa, skyscanner merupakan laman web pencarian penerbangan yang sangat popular. Fungsi web ini ialah membandingkan penerbangan dari pelbagai syarikat dan  bermula dari harga yang termurah sehingga yang termahal mengikut tarikh & masa yang anda pilih. Selepas itu, anda boleh terus dibawa ke laman web penerbangan pilihan anda.

Skyscanner ialah laman web yang sangat hebat kerana boleh membandingkan tawaran dan fleksibiliti dalam mencari penerbangan.  Anda juga boleh mencari hari mana yang mempunyai tawaran paling murah dalam mana-mana bulan yang anda suka. Selain itu, anda boleh pilih seberapa banyak dan berapa lama ‘transit’ untuk penerangan tersebut.

https://www.skyscanner.com.my

Momondo

Percuma

Boleh didapati untuk Android, Windows, iOS and BlackBerry

Boleh diakses dalam 18 bahasa. Fungsi momondo lebih kurang saman dengan skyscanner. Kedua-duanya memberikan perbandingan harga dan tawaran yang ada dari pelbagai laman web lain.

Momondo pernah memenangi anugerah pencarian tawaran terbaik dan ‘flight connecting’ yang hebat berbanding laman web lain.

https://www.momondo.com/

 

Traveloka

Percuma

Boleh didapati untuk Android, windows, iOS and black berry 

Terdapat dalam 5 bahasa, Traveloka adalah ejen pelancongan secara atas talian. Enjin carian mereka sangat mudah digunakan untuk membandingkan penerbangan termurah, terutamanya negara Asia.

Terdapat pelbagai promosi tanpa caj yang terselindung boleh anda dapati di Traveloka. Jangan lupa singgah di laman web ini jika bercadang bercuti di negara-negara Asia!

www.traveloka.com

Kayak

Percuma

Boleh didapati untuk  iOS, Android, Windows and Kindle

Di Kayak, anda boleh mencari tawaran penerbangan termurah mengikut kesesuaian dan kehendak anda. Selain itu, laman web ini akna menunjukkan graf jika tambang penerbangan dijangka naik atau turun pada minggu dan bulan akan datang. Ini dapat membantu anda membuat keputusan bila untuk menempah tiket penerbangan.Terdapat dalam 18 bahasa, kayak adalah antara laman web yang wajib anda lihat untuk membandingkan harga penerbangan.

https://www.kayak.com.my/

Sebelum menempah, pastikan anda menyemak tawaran terbaik di laman-laman web ini dan laman web syarikat penerbangan pilihan anda. Buat pilihan bijak dan selamat bercuti!

Sumber: Asia Exchange

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...