Laman Sosial Ibu Kandung Amir Diserang Netizen, Dari Perkongsian Resepi Bertukar Kata Makian

Trending

Laman Sosial Ibu Kandung Amir Diserang Netizen, Dari Perkongsian Resepi Bertukar Kata Makian

Tular baru-baru ini mengenai seorang mayat kanak-kanak berusia 7 tahun, Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, yang ditemui mati dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya.

Peninggalan arwah Amir semestinya memberi kesan yang sangat mendalam buat semua rakyat Malaysia terutama keluarga angkatnya yang menjaganya sejak kecil lagi.

Advertisement

Isu ini menjadi semakin panas apabila laman sosial ibu kandung Amir, telah menjadi tempat untuk para netizen melepaskan amarah kerana perilaku yang tidak berperikemanusiaan itu. Rata-rata netizen seolah tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibu kandungnya sanggup bertindak sekejam itu.

Kini, Facebook milik ibu kandung Amir menjadi tempat untuk dilepaskan segala kutukan dan komen. Bukan itu sahaja, pelbagai tohmahan turut dilemparkan kepada wanita itu.

Seperti dapat dilihat, pemilik akaun Facebook itu banyak berkongsi resepi-resepi menarik antaranya nasi goreng, makaroni, kek dan banyak lagi.

Sumber : Facebook Zuraidah

Sumber : Facebook

Namun, perkongsian bermanfaat itu bertukar dengan kata kata yang tidak enak sejak sehari lalu dek insiden yang menyayat hati semua yang melihat.

Kebanyakan netizen yang melawat akaun itu hanyalah untuk melepaskan kemarahan dan ada juga yang melahirkan rasa simpati selain mendoakan ketenangan arwah Amir. Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut memberi nasihat agar berhenti untuk terus menunding jari kerana kes ini masih lagi disiasat.

Untuk pengetahuan, mayat kanak-kanak itu ditemui pada Jumaat lalu di sebuah kediaman di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Sumber : Tuhfahnazira

Kredit : Tuhfahnazira

Sebelum ini, mangsa telah dijaga dengan sangat baik oleh keluarga angkat selama enam tahun sebelum ibu kandungnya bertekad untuk menjaganya semula pada Oktober lalu. Walaupun berat untuk diterima, keluarga angkatnya akur dengan keputusan itu.

Menyingkap kejadian yang menimpa kanak-kanak itu, mangsa didakwa didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya sebelum mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu.

Ketika kejadian, ayah tiri mangsa bertindak untuk membuat panggilan kepada pihak polis mengatakan anak nya mati kelemasan di dalam sebuah tong. Namun, siasatan mendapati ada kecederaan fizikal pada badan mangsa.


Pun begitu,kes ini masih lagi dalam siasatan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik dan semoga nasib anak kecil itu terbela di kemudian hari.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...